Page 92 - KSSMPK Pend_Jasmani_dan_Pend_Kesihatan_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 92
Rekreasi
Rekreasi ialah aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Tujuan
rekreasi ialah untuk memperoleh keseronokan, ketenangan minda dan
merehatkan badan. Antara contoh aktiviti rekreasi ialah bermain boling,
beriadah, berkhemah dan banyak lagi.
Simpulan dan Ikatan
Simpulan dan ikatan sangat berguna dalam kegiatan luar terutamanya untuk
membuat gajet. Simpulan biasanya digunakan pada benda-benda kecil.
Ikatan pula digunakan untuk mengikat benda-benda yang lebih besar.
Ikatan digunakan untuk menyambung kayu, buluh, besi atau batang dengan
tali dan amat berguna dalam pembinaan gajet.
Khemah merupakan satu peralatan yang penting dalam aktiviti
perkhemahan. Pengetahuan mengenai simpulan dan ikatan merupakan
kemahiran asas bagi membina sesebuah khemah.
Simpul tindih kasih
Ikatan serong
Sila Imbas
Layari laman sesawang http://
arasmega.com/qr-link/video-tutorial-
ikatan-dan-simpulan/ untuk menonton
video “Tutorial Ikatan dan Simpulan”.
Simpul manuk (Dicapai pada 27 Jun 2017)
84 S.P 1.8.1, 2.8.1, 5.2.3, 5.2.4

