Page 74 - PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN TING 3 PK_Neat
P. 74

Permainan Petanque                                                                                           Kemahiran Memegang Boule




           Petanque  ialah  permainan  yang  memerlukan                        Tahukah Anda                             Cara  pegangan  boule  yang  salah  akan  memberikan  kesukaran  kepada
           kemahiran  kawalan  motor  dan  visual-objek.                                                                pemain untuk melontar boule dengan tepat.
           Pemain  perlu  melontar  boule  untuk  mendekati                Jack juga dikenali
           penanda iaitu bola kayu kecil (jack) bagi mendapat              sebagai cochonnet .                                1                                         2
           mata (Mc Neely, 2012). Permainan ini dicipta pada
           tahun 1910 di Perancis. Perkataan petanque dalam
           bahasa  Perancis  bermaksud  “kaki  yang  tetap/
           pegun”.

              Boule  dilontar  supaya  hampir  dengan  jack  tanpa  mengangkat  kaki
           daripada tanah. Boule yang paling dekat dengan jack akan mendapat mata.
           Permainan ini boleh dimainkan secara individu atau berkumpulan seramai                                             Buka genggaman tangan                     Rapat dan bengkokkan jari
           dua  atau  tiga  orang.  Dalam  permainan  petanque,  setiap  pemain  akan                                         dan letakkan boule di tengah              ke titik tengah boule kecuali
           memainkan tiga boule bagi kategori individu dan berpasangan manakala                                               tapak tangan.                             ibu jari.
           dua boule bagi kategori bertiga.

                                                                                                                              3                                         4
             Gelanggang Petanque


                                                 17.6 m

     PENDIDIKAN JASMANI  1.3 m                                             4 m             6.6 m                              Rotasi tangan ke bawah.                   Fleksi pergelangan tangan                   PENDIDIKAN JASMANI
                                                  15 m



                                                                                                                                                                        dengan kedudukan ibu jari di
                                                                                                                                                                        tepi boule dan bersedia untuk
                                                                                                                                                                        melontar.




                                                                                                                                 •  Pastikan genggaman boule sentiasa stabil dan tanpa tekanan pada setiap masa.
                                                                                                                                 •  Jari yang dirapatkan akan menghasilkan genggaman yang baik.
                                                 1.3 m

                      Sempadan dalam 4 meter x 15 meter (tali berwarna)                                                          QRCode

                      Sempadan kekal (1 meter dari sempadan dalam) (konkrit atau kayu)
                                                                                                                                       Layari laman sesawang
                                                                                                                                       http://arasmega.com/qr-link/video-petanque-3/
                                (Sumber: Undang-undang Rasmi Sukan Petanque, Persekutuan Petanque Malaysia)
                                                                                                                                       untuk menonton video Petanque.
                                                                                                                                       (Dicapai pada 15 Mei 2018)

                                                                                                                          S.P: 1.7.1, 2.7.1, 5.1.2

         66                                                                                                                                                                                                    67
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79