Page 84 - buku teks mate kssmpk ting 3
P. 84

Aktiviti Pengukuhan                                      Imbas Saya

                              Mengisi Petrol


                Peranan:                                                              Layari laman
                1. Juruwang                                                         sesawang https://
                2. Pembeli (2 orang murid dalam 1 kumpulan)                          bit.ly/2xPNOMB
                                                                                   untuk memperoleh
                Bahan: Tag watak, resit (bentuk kad imbasan), replika               resit, replika kereta
                          kereta saiz A4, replika pam, pen penanda                  dan replika pam.


                Cara Bermain:
                 1  Seorang murid memainkan peranan sebagai juruwang.


                 2  Setiap kumpulan memainkan peranan sebagai pembeli.

                 3  Setiap kumpulan memiliki sebuah kereta mengandungi 4  ℓ petrol di
                    dalam tangki.

                 4  Juruwang menunjukkan resit yang mengandungi isi padu dan meminta
                    setiap kumpulan menukar kepada unit yang tertentu.

                    Contoh: Resit  1 500 mℓ  , tukar kepada unit ℓ dan mℓ.

                 5  Semua kumpulan perlu menukar isi padu kepada unit yang ditentukan
                    dalam setiap pusingan.

                 6  Kumpulan yang berjaya menjawab paling cepat dan tepat boleh memilih
                    untuk mengisi petrol kereta kumpulannya. Mereka juga boleh memilih
                    untuk mengurangkan petrol kereta kumpulan lain berdasarkan isi padu
                    yang ditulis.


                 7  Guru berperanan sebagai pengadil dan membuat pengiraan jumlah
                    petrol setiap kumpulan setelah selesai setiap pusingan.

                 8  Kumpulan yang memperoleh petrol melebihi 15 ℓ akan tiba ke destinasi
                    mereka dan menang dalam aktiviti ini.










                  74
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89