Page 86 - buku teks mate kssmpk ting 3
P. 86

Menyukat isi padu air dalam unit bukan piawai
                     1
                  Aktiviti
                            Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan (4 orang).

                Bahan: 1 jag air, gelas, sudu, senduk, cawan, mangkuk, kole, baldi


                Langkah-langkah:
                 1  Letakkan gelas kosong di atas permukaan yang rata. Tuang air daripada
                    jag perlahan-lahan ke dalam gelas hingga penuh.


                 2  Kemudian tuang air di dalam gelas ke dalam sebuah baldi kosong.

                 3  Ulang langkah 1 dan 2 sehingga air di dalam jag itu habis.


                 4  Catat bacaan sukatan tersebut.
                    Contoh: Isi padu 1 jag air = 6 gelas air


                 5  Tuang semua air di dalam baldi ke dalam jag.

                 6  Ulang langkah 1 hingga 4 dengan menggunakan sudu, senduk, cawan,
                    mangkuk, dan kole.


                 7  Setiap kumpulan mempamerkan bacaan sukatan dalam peta buih.



                             6 gelas




                                                       Isi padu
                                                       1 jag air









                               Adakah bacaan unit sukatan yang berlainan di atas adalah
                  Cabar Minda  sama? Mengapa?






                 2.1.2  Nota Guru
                        • Bimbing murid cara menyukat dan menyatakan isi padu cecair menggunakan
                         unit bukan piawai.
                  76
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91