Page 89 - buku teks mate kssmpk ting 3
P. 89
Alat penyukat piawai yang berlainan mempunyai
kapasiti yang berbeza.
Oleh itu, kita mesti memilih alat penyukat yang sesuai
untuk tujuan menyukat isi padu yang tertentu.
TIP
• Isi padu bekas adalah sama dengan isi padu cecair yang memenuhkan
bekas tersebut.
• Isi padu bekas juga dikenali sebagai kapasiti. 2
Picagari digunakan untuk menyukat isi padu yang kecil seperti 10 mℓ ubat.
Silinder penyukat tidak sesuai digunakan untuk menyukat isi padu cecair
yang kecil. Isi Padu
Sebaliknya, picagari boleh digunakan untuk menyukat isi padu cecair yang
besar, tetapi akan mengambil masa.
Oleh itu, silinder penyukat atau jag penyukat lebih sesuai untuk menyukat
isi padu cecair yang lebih besar.
Contoh Antara picagari dengan jag penyukat, yang manakah lebih sesuai
1 untuk menyukat isi padu sebotol air?
Picagari Jag penyukat
1.2 liter
jag penyukat lebih sesuai digunakan kerana dapat
menyukat isi padu cecair yang lebih besar.
79

