Page 87 - buku teks mate kssmpk ting 3
P. 87

Menyukat isi padu air dalam unit bukan piawai  Menyukat isi padu bekas dengan unit bukan piawai
                      2
                    Aktiviti
                             Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan (4 orang).

                 Bahan: Cawan kertas, teko, jag, mangkuk, periuk, bekas minuman


                 Langkah-langkah:
                   1  Cawan kertas digunakan sebagai alat penyukat bukan piawai.


                   2  Isi padu teko hendak ditentukan.

                   3  Penuhkan cawan kertas dengan air dan kemudian tuang ke dalam teko.                     2


                   4  Bilang jumlah cawan air yang diperlukan untuk memenuhi teko.

                   5  Ulang langkah 3 dan 4 untuk menentukan isi padu bagi bekas-bekas
                      yang lain.                                                                             Isi Padu

                   6  Rekodkan hasil sukatan dalam jadual.


                              Bekas                Isi padu

                               Teko                       cawan

                               Jag                        cawan

                            Mangkuk                     cawan

                              Periuk                      cawan


                   7  Tentukan bekas dengan kapasiti yang paling kecil dan paling besar.

                   8  Susun bekas dengan kapasiti paling besar kepada paling kecil.

                   9  Bincang masalah semasa menjalankan aktiviti.




                                   Adakah susunan bekas mengikut isi padunya dalam tertib
                   Cabar Minda     menurun tetap sama walaupun gelas diguna sebagai alat
                                   penyukat? Bincangkan.




                  2.1.2  Nota Guru
                         • Bahan dalam Aktiviti 2 boleh diubah suai mengikut bahan yang sedia ada.

                                                                                                   77
   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92