Page 86 - MATEMATIK TING 2 PK
P. 86
Kenaikan dan Penurunan
1 Kenaikan ialah peningkatan nilai daripada nilai asal kepada nilai baharu.
Kenaikan = Nilai baharu – Nilai asal
2 Penurunan ialah pengurangan nilai daripada nilai asal kepada nilai baharu.
Penurunan = Nilai asal – Nilai baharu
Peratus Kenaikan Peratus Penurunan
= Kenaikan × 100% = Penurunan × 100%
Nilai asal Nilai asal
Contoh
3 Pada tahun lepas, gaji bulanan Encik Basri ialah RM2 500.
Pada tahun ini, gaji bulanannya dinaikkan menjadi RM2 700.
Hitung peratus kenaikan gajinya.
Diberi Gaji asal = RM2 500
Gaji baharu = RM2 700
Dicari Peratus kenaikan gaji
Operasi Tolak dan darab
Selesaikan Kenaikan = RM2 700 – RM2 500
= RM200
4
Peratus kenaikan = RM200 × 100%
RM2 500
1
= 8%
Peratus kenaikan gaji ialah 8%
Nota Guru
2.1.3
• Nilai asal ialah nilai sebelum berlaku peningkatan atau pengurangan nilai.
• Nilai baharu ialah nilai selepas berlaku peningkatan atau pengurangan nilai.
78

