Page 89 - MATEMATIK TING 2 PK
P. 89
Contoh
5 Cuba selesaikan masalah Karim.
Karim berniaga nasi lemak di kantin. Karim telah mengeluarkan
wang sebanyak RM250 untuk membeli barang-barang keperluan
bagi menghasilkan 410 bungkus nasi lemak. Setiap bungkus nasi
lemak dijual dengan harga RM1.
Kira peratus keuntungan atau kerugian Karim.
Diberi Harga kos = RM250
Jumlah jualan = 410 × RM1 = RM410
Dicari Peratus keuntungan / kerugian
Selesaikan Keuntungan = Harga jualan – Harga kos 2
= RM410 – RM250
= RM160 Peratus
RM160
Peratus keuntungan = × 100%
RM250
= 64%
Peratus keuntungan Karim ialah 64%
Contoh
6 Seorang petani telah mengeluarkan modal sebanyak RM7 200
untuk menanam sayur-sayuran. Namun, petani itu hanya dapat
menjual hasil tanaman dengan harga sebanyak RM5 400 sahaja
kerana berlaku banjir.
Kira peratus kerugian yang dialami oleh petani itu.
Nilai kerugian = Modal – Harga jualan
= RM7 200 – RM5 400 Tip
= RM1 800 Modal ialah wang
RM1 800 yang digunakan
Peratus kerugian = × 100% sebagai asas untuk
RM7 200 berniaga.
= 25%
Peratus kerugian yang dialami ialah 25%
81

