Page 90 - MATEMATIK TING 2 PK
P. 90

Dividen

           Dividen ialah  keuntungan yang diberi  kepada pelabur atau pemegang
           saham sesebuah syarikat.
           Cara pengiraan dividen:

                       Dividen = Peratus dividen × Jumlah wang yang dilabur


           Contoh
             7     Rajah menunjukkan peratus dividen yang
                   diberi oleh Kumpulan Wang Simpanan
                   Pekerja (KWSP). Simpanan Yanti dalam
                   KWSP ialah RM20 500.
                   Berapakah dividen yang Yanti dapat?


                      Diberi           Simpanan = RM20 500
                                       Peratus dividen = 5.8%

                      Dicari           Nilai dividen simpanan


                   Selesaikan          5.8% × RM20 500 =       5.8   × RM20 500
                                                               100
                                                            = 5.8 × RM205

                                                            = RM1 189

                           Yanti mendapat dividen sebanyak RM1 189


           Cabar Minda  Encik Yong melabur RM30 000 dalam



                     sebuah syarikat dan menerima dividen                       Imbas Saya
                     sebanyak RM900 setahun.

                     (a) Kira peratus dividen setahun yang
                         diberikan oleh syarikat itu.                     Layari laman sesawang
                     (b) Dividen tahun kedua dinaikkan 1% dan             http://goo.gl/kYDKHE untuk
                                                                          kadar dividen.
                         Encik Yong tidak mengeluarkan dividen            (Dicapai pada 31 Mac 2017)
                         bagi tahun pertama. Kira dividen yang
                         diterima pada tahun kedua.


                     Nota Guru
                2.1.3
                     • Layari laman web KWSP untuk mendapatkan kadar dividen bagi tahun-tahun
                      yang lepas.
             82      • Bincangkan dengan murid kewajipan caruman dalam KWSP.
   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95