Page 91 - MATEMATIK TING 2 PK
P. 91

Komisen

             Komisen ialah upah yang dibayar kepada wakil atau ejen kerana menjual
             barangan atau perkhidmatan yang diberikan.
             Cara pengiraan komisen:
                              Komisen = Peratus komisen × Jumlah jualan


            Contoh
              8      Ali telah berjaya menjual insurans hayat kepada 3 orang pada bulan
                     Mac. Jika dia mendapat 35% komisen daripada setiap orang yang
                     membeli insuransnya, kira komisen yang diperoleh pada bulan Mac
                     jika setiap insurans berharga RM1 320.
                                                                                                       2

                       Diberi            35% komisen untuk setiap insurans jualan
                                         Nilai insurans = 3 × RM1 320 = RM3 960

                       Dicari            Komisen yang diperoleh                                         Peratus


                    Selesaikan           Komisen = 35% × RM3 960
                                                       35
                                                    =       × RM3 960
                                                      100

                                                    =   RM1 386

                                 Komisen yang Ali dapat ialah RM1 386


            Contoh
              9       Seorang  penjual kereta  telah berjaya  menjual  dua buah  kereta
                      masing-masing dengan harga RM73 000 dan RM45 000. Komisen
                      sebanyak 5% diterima daripada harga jualan kereta.
                      Berapakah jumlah komisen yang diterima?


                   Jumlah jualan = RM73 000 + RM 45 000
                                    = RM118 000
                                                            Cabar Minda
                   Komisen = 5% × RM118 000                            Adakah cara lain untuk
                                   5                                   mengira jumlah komisen
                              =        × RM118 000
                                 100                                   yang diterima?

                              =   RM5 900                              Bincangkan.

                     Jumlah komisen yang diterima ialah RM5 900


                                                                                              83
   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96