Page 54 - BUKU TEKS MATEMATIK KSSMPK TING 5
P. 54
1 1
Aktiviti Bijak Isi Padu
Aktiviti
Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan (4 orang).
Bahan: Pembaris, kertas kajang
(i) Objek prisma segi empat sama seperti buah dadu dan rubik
(ii) Objek prisma segi empat tepat seperti buku dan kotak tisu
(iii) Objek prisma segi tiga seperti prisma kayu dan kotak coklat
Langkah:
1 Lukiskan jadual berikut pada kertas kajang.
Objek Lebar Tinggi Panjang Isi padu
2 Guru mengagihkan bahan yang disediakan kepada setiap kumpulan.
3 Dengan menggunakan pembaris, ukur panjang sisi-sisi setiap objek
tersebut dan rekod dalam jadual.
4 Jalankan langkah kerja pengiraan untuk mendapatkan isi padu objek itu.
5 Semak jawapan dengan kumpulan lain.
2.1.2
Nota
Guru • Bimbing murid mengenali objek berbentuk prisma secara fizikal dan realiti.
• Jelaskan cara yang betul mengukur panjang sisi objek.
46
46

