Page 56 - BUKU TEKS MATEMATIK KSSMPK TING 5
P. 56

Aktiviti Pengukuhan
            Aktiviti Pengukuhan
                                   LONTAR, LUKIS DAN KIRA

                         Aktiviti ini dijalankan secara berpasangan (2 orang).


              Bahan: 3 biji dadu dan kertas grid

              Langkah:-
               1   Pemain pertama melontarkan tiga biji dadu.

               2   Nombor-nombor yang dipaparkan mewakili saiz prisma tegak segi
                   tiga bersudut tegak yang perlu dilukis oleh pemain kedua.
                   Contoh:
                                       Saiz prisma tegak segi tiga bersudut tegak
                                       boleh mengambil ukuran berikut:
                                       (i)  panjang 4 unit, lebar 3 unit dan tinggi 2 unit
                                       (ii)  panjang 2 unit, lebar 3 unit dan tinggi 4 unit





               3   Pemain kedua melukiskan prisma tegak segi tiga bersudut tegak pada
                   kertas grid. Labelkan ukuran pada sisi-sisi prisma tegak itu.
               4   Pemain kedua juga bertanggungjawab menghitungkan isi padu
                   prisma tegak tersebut.

                   Contoh:



                                                         Isi padu
                                                         = luas keratan rentas × tinggi
                                                             1
                                                         = (    × 3 × 2) × 4
                                                             2
                                            4 unit       = 3 × 4
                     2 unit                              = 12 unit  / unit padu
                                                                   3
                             3 unit




               5   Pemain pertama bertindak sebagai pembantu untuk membetulkan
                   kesilapan sama ada dalam lukisan atau pengiraan pemain kedua.

               6   Permainan diteruskan dengan pemain bertukar giliran.





              48
              48
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61