Page 57 - BUKU TEKS MATEMATIK KSSMPK TING 5
P. 57
2.1.1 2.1.2 2.1.3
Menyelesaikan Masalah yang Melibatkan Isi Padu Prisma Tegak
CONTOH
CONTOH Encik Redzuan membeli sebuah akuarium
1 1 baharu untuk ikan-ikan peliharaannya.
Akuarium itu berbentuk kuboid dengan
panjang 1.2 m, lebar 0.4 m dan tinggi 0.6 m.
Hitung isi padu maksimum air yang boleh
diisi ke dalam akuarium tersebut.
Akuarium berbentuk kuboid
Diberi panjang = 1.2 m, lebar = 0.4 m dan tinggi = 0.6 m 2
Isi padu maksimum air yang boleh diisi, iaitu sama
Cari
dengan isi padu akuarium tersebut. RUANG
Lukis rajah kuboid untuk menggambarkan akuarium.
0.6 m
0.4 m
1.2 m
Selesaikan Luas keratan rentas = luas tapak
= 1.2 m × 0.4 m
= 0.48 m 2
Isi padu akuarium = luas keratan rentas × tinggi
= 0.48 m × 0.6 m
2
= 0.288 m 3
Isi padu maksimum air yang boleh diisi ialah 0.288 m .
3
Isi padu akuarium = panjang × lebar × tinggi
Semak = 1.2 m × 0.4 m × 0.6 m
= 0.288 m 3
2.1.3
Nota
Guru • Bimbing murid mengenal pasti maklumat yang diberi dan memahami
kehendak soalan.
49
49

