Page 10 - KP.MPP1013-C05-5.0 - (5.1 - 5.9)
P. 10

Kod Kertas                        MPP1013                                Page 10 of 32

                 3.2   Penentuan mata gergaji/saiz


                 Pemilihan bilah/mata gergaji berdasarkan ciri-ciri berikut :-

                 a.  Panjang                                   (250mm – 300mm)
                 b.  Lebar                                        (13mm-16mm)
                 c.  Tebal                                        (0.03mm – 0.80)
                 d.  Pitch atau gigi dalm seinci   (TPI – Tech per inch)

                 Panjang mata gergaji diukur dari jarak antara pusat lubang pada mata gergaji itu.  Bentuk mata gergaji
                 yang terbuka sedikit dan berselang seli kekiri dan kekanan adalah untuk memudahkan habuk besi keluar
                 dan mengelakkan mata daripada tersepit pada bendakerja

                 Jadual dibawah adalah panduan am bagi  memilih saiz mata gergaji yang disesuaikan mengikut jenis
                 bahan atau logam.


                                         Bahan                     Bilangan gigi mata gergaji setiap 25.4mm
                        Keluli lembut                                                18
                        Besi tuang dan besi alat                                     18
                        Loyang, tembaga dan besi paip                                22
                        Loyang nipis (kurang daripada 3mm tebal)                     32


                 Mata  gergaji    diperbuat  daripada  keluli  berkarbon  tinggi  dan  keluli  aloi  tungsten.    Mata  gergaji  besi
                 terdiri daripada dua jenis iaitu all hard blade dan flexible blade.

                 a.   All hard blade diperbuat dari keluli tahan lasak (high speed steel) dan digunakan untuk memotong
                      logam-logam keras seperti keluli alloy.

                 b.  Flexible blade(boleh lentur) adalah baik digunakan untuk memotong dicelah yang sukar dan sempit
                      pada  bendakerja.    Ia  juga  sesuai  digunakan  oleh  pekerja-pekerja  yang  kurang  mahir
                      mengendalikannya bagi mengelakkan bilah mata gergaji patah.

                 3.3   Cara – cara memasang mata gergaji

                 a.  Pastikan bingkai gergaji besi sama dengan panjang mata gergaji.
                 b.  Pastikan bilangan gigi mata gergaji bersesuaian dengan bahan yang hendak dipotong.
                 c.  Pastikan kecondongan gigi mata gergaji menghala ke hadapan dari hulunya.
                 d.  Pasangkan mata gergaji pada skru renggang.
                 e.  Kuncikan nat kepak sehingga mata gergaji tegang, tetapi tidak terlalu tegang.  Jika terlalu tegang,
                     mata gergaji mudah patah sewaktu memotong.

                 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
                 Kertas Penerangan          Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15