Page 15 - nota mpp2013
P. 15

NO. KOD  / CODE NUM.             ME-020-2:2012/C02/P(2/3)              Muka / Page :  14
                                                                                    Drpd/of         :  35
                   7.  Jangan mengisi bahan pendingin ke dalam silinder servis sehingga penuh. Jika
                       ini  dilakukan,  tekanan  hidrostatik  dalam  silinder  akan  menyebabkan  silinder
                       meletup.
                   8.  Simpan  silinder  bahan  pendingin  di  tempat  yang  sejuk  dan  kering.  Jangan
                       menggunakan silinder bahan pendingin sebagai roda (menggoleknya).
                   9.  Minyak yang terdapat dalam pemampat akan menjadi asid apabila pemampat
                       terbakar. Jangan sentuh minyak ini dengan tangan.
                   10. Kebanyakan  bahan  pendingin  adalah  lebih  berat  daripada  udara.    Bahan  ini
                       pula  boleh  bercampur  dengan  udara  di  dalam  bilik  jika  berlaku  sebarang
                       kebocoran.  Hal ini  boleh menyebabkan  seseorang  itu  sesak nafas  sekiranya
                       tersedut udara.


              vii.   Kesan pelepasan bahan pendingin ke atmosfera
                     (Impact of refrigerant emission to the atmosphere)

                       Kesan-kesannya adalah seperti berikut:

                   1.  Penipisan lapisan ozon
                   2.  Pemanasan global
                   3.  Hujan asid

                              Hujan asid ialah hujan yang mengandungi asid lemah iaitu pH kurang
                       daripada  5.6.  Hujan  asid  terjadi  akan  apabila  gas-gas  oksida  seperti
                       kandungan  karbon  monoksida,  sulfur  dioksida  dan  nitrogen  oksida  yang
                       dibebaskan  oleh  kilang  dan  kenderaan  bercampur  dengan  wap  air  di  udara
                       dan  meningkat  dalam  udara.  Gas-gas  ini  larut  dalam  wap-wap  air  yang
                       menjadikannya berasid. Wap air yang bercampur dengan gas-gas ini turun ke
                       bumi sebagai hujan asid. Pertambahan kedua-dua sebatian adalah diakibatkan
                       oleh  sumber-sumber  pencemaran  seperti  asap  industri  dan  bahan  cemar
                       kenderaan bermotor.





















                                                            Rajah : Skala pH
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20