Page 19 - nota mpp2013
P. 19

NO. KOD  / CODE NUM.             ME-020-2:2012/C02/P(2/3)              Muka / Page :  18
                                                                                    Drpd/of         :  35
                   c.  Memperkenalkan  pemasangan  'scrubbers'  di  cerobong  asap  di  kilang-kilang
                       untuk menapis gas sulfur dioksida.
                   d.  Penggunaan  sistem  denitrifikasi  dan  dinyahsulfur,  contohnya  arang  batu
                       direnyukkan  dan  dicampurkan  dengan  batu  kapur,  dengan  ini,  kandungan
                       sulfur dalam arang batu akan bertingdak balas dengan kalsium karbonat dan
                       menghasilkan kalsium sulfat dan gypsum sebagai hasil sampingan.
                   e.  Mempertingkatkan  lagi  teknologi  'flash  smelting'  yang  sering  digunakan  oleh
                       pelebur  kuprum,  pembebasan  sulfur  dioksida  global  dapat  dikurangkan  5-10
                       ton setahun.
                   f.  Menggalakkan pemasangan pengubah bermangkin (catalytic converter) pada
                       enjin kenderaan, ini dapat mengurangkan gas NOx sebanyak 90% di mana gas
                       pencemar dapat diubah sebelum dilepaskan ke atmosfera. Ini bertujuan untuk
                       mengurangkan gas karbon monoksida dan nitrogen oksida asap ekzos
                   g.  Dari  segi  perundangan,  boleh  ditingkatkan  lagi  mengenai  pengawalan
                       pencemaran alam sekitar.
                   h.  Sebagai  individu,  kita  perlu  sentiasa  memastikan  kenderaan  kita  dalam
                       keadaan yang baik memandangkan bilangan kenderaan berdaftar di Malaysia
                       adalah semakin meningkat.
                   i.  Bagi  meningkatkan  kesedaran  dalam  masyarakat,  perlu  adakan  kempen,
                       ceramah  atau  pun  aktiviti  kemasyarakatan  bagi  memastikan  setiap  individu
                       dalam  sesuatu  masyarakat  memainkan  peranan  untuk  memelihara  alam
                       sekitar.

                              Hujan  asid  boleh  dielakkan  sekira  aktiviti  manusia  dalam  bidang
                       perindustrian  dan  pembangunan  ekonomi  dikurangkan.  Semua  pihak  harus
                       bertanggungjawab  mengurangkan  kesan  hujan  asid  kerana  implikasi  kepada
                       kehidupan akan memberi kesan yang berpanjangan.




                   4.  Pulau haba

                   a.  Ciri-ciri cuaca di bandar yang mengalami pulau haba
                       Kawasan bandar yang mengalami pulau haba mempunyai ciri-ciri cuaca yang
                       tersendiri dan berbeza dengan kawasan pinggirannya. Antara ciri-ciri tersebut
                       ialah:

                i.   Suhu yang lebih tinggi atau cuaca yang lebih panas di kawasan bandar
                     berbanding dengan kawasan pinggir bandar. Kecerunan suhu adalah tinggi di
                     pusat bandar kemudian semakin menurun menghala ke pinggirnya.
                ii.   Kelembapan udara yang rendah. Kewujudan udara kering di bandar berbanding
                     dengan pinggirnya yang lebih lembap dan nyaman.
               iii.   Kekerapan kejadian hujan perolakan yang lebih tinggi di bandar berpunca
                     daripada kadar sejatan permukaan yang tinggi dari haba yang lebih banyak
                     tersimpan di bandar.
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24