Page 17 - nota mpp2013
P. 17

NO. KOD  / CODE NUM.             ME-020-2:2012/C02/P(2/3)              Muka / Page :  16
                                                                                    Drpd/of         :  35
                   b.        Kerosakan bangunan
                     Hujan asid merosakkan bangunan lama.
                       Contoh : Tugu Peringatan dan artifak-artifak bersejarah
                     Hujan asid yang menyerap ke dalam batu bata dan gangsa akan mengalami
                       tindak balas kimia – batu menjadi reput dan gangsa terurai.
                     Menjejaskan kekuatan dan kekukuhan konkrit dan cat bangunan.


















                   c.        Mengancam hidupan akuatik
                     Apabila  keasidan  air  meningkat,  bahan-bahan  logam  akan  larut  dalam  air.
                       Contoh : alimunium, zink dan raksa.
                     Pertambahan  logam-logam  beracun  ini  akan  mengurangkan  aktiviti
                       mikrobiologi seperti zooplankton dan fitoplankton. Akibatnya bekalan makanan
                       untuk ikan terjejas.
                     Hujan  asid  juga  akan  merosakkan  telur-telur  ikan  dan  menjejaskan
                       perkembangan embrionya.


                   d.        Mengancam Kesihatan manusia
                     Bila  hujan  asid  berlaku  di  kawasan  sungai  atau  tasik,  bahan  logam  dalam
                       tanah  akan  bertindakbalas  dengan  air  berasid  untuk  menghasilkan  pelbagai
                       logam dan sebatian asid bertoksik.
                     Minuman tercemar kerana mengandungi antimoni, stanum dan plumbum yang
                       tinggi.
                     penyakit  yang  boleh  diakibatkan  oleh  pencemaran  air  hujan  asid  ialah
                       leukemia.

                   2.        Punca-punca

                   a.        Punca daripada kegiatan manusia

                  i.         Kegiatan industri :
                       Menghasilkan sulfur dioksida dan nitrogen melalui pembakaran bahan api fosil
                       di  kilang-kilang  dan  pembakaran  arang  batu  bermutu  rendah  menyebabkan
                       pembebasan gas sulfur dioksida yang banyak ke atmosfera.
                  ii.        Proses peleburan bijih timah :
                       Peleburan yang banyak akan membebaskan gas sulfur dioksida terutamanya
                       peleburan timah kuprum.
                 iii.        Aktiviti sistem pengangkutan :
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22