Page 32 - nota mpp2013
P. 32

NO. KOD  / CODE NUM.             ME-020-2:2012/C02/P(2/3)              Muka / Page :  31
                                                                                    Drpd/of         :  35
                       v.   Peraturan Penggunaan Bahan Pendingin


                            Apakah itu Protokol Montreal?

                                    Protokol    Montreal    adalah     perjanjian   antarabangsa      yang
                            diwujudkan  pada  1987bagi  mengawal  pengeluaran  dan  penggunaan
                            bahan-bahan  yang  boleh  menipiskan  ozon  seperti  CFCs,  Halon  dan
                            Methyl Bromide.
                                    Malaysia  merupakan  salah  satu  daripada  191  buah  negara  yang
                            telah menandatangani  Protokol tersebut  pada  29 Ogos  1989.  Ia adalah
                            komitmen      Kerajaan     untuk    mengurangkan       dan     menghapuskan
                            penggunaan  bahan-bahan  yang  boleh  menipiskan  ozon.  USA,  Kanada
                            dan  lebih  daripada  30  buah  negara  telah  melakukan  perjumpaan  di
                            Montreal, Kanada  pada  September 1987  untuk menyelesaikan masalah
                            pelepasan  bahan  pendingin.  Konferen  ini  dikenali  sebagai  Protokol
                            Montreal (Montreal Protocol).
                                    Terdapat tiga jenis silinder bahan pendingin:
                                         Silinder Penyimpanan
                                         Silinder servis
                                         Silinder buangan (guna-buang)
                                    Peraturan-peraturan  bagi  silinder  yang  ditetapkan  oleh  Jabatan
                            Alam Sekitar (JAS). Peraturan ini adalah untuk memastikan keselamatan
                            mereka  yang  bekerja  dengan  silinder  yang  mengandungi  bahan
                            pendingin.  JAS  telah  menetapkan    peraturan  bahawa  silinder  yang
                            mengandungi  bahan  pendingin  yang  menghakis  mesti  diperiksa  setiap
                            lima  tahun.  Silinder  bahan  pendingin  yang  tidak  menghakis  mesti
                            diperiksa setiap sepuluh tahun. Silinder melebihi diameter 4 1/2" (114mm)
                            dan  diameter  12”  (305mm)  tinggi  mesti  mempunyai  injap  pelepasan
                            tekanan (pressure release protective device).



                      vi.   Keselamatan Unit Tebus Guna

                            Mengikut  Jabatan  Alam  Sekitar,  semua  Juruteknik  perlu  mengikut
                            peraturan  yang  telah  ditetapkan  semasa  mengendalikan  bahan
                            pendingin. Antara langkah-langkah keselamatan yang perlu diikuti adalah
                            seperti berikut :

                                1.  Latihan  dan  kursus  perlu  diikuti  oleh  semua  Juruteknik  dan
                                    pengendali bahan pendingin.
                                2.  Syarikat  perlu  menetapkan  kriteria  yang  perlu  diikuti  oleh
                                    kontraktor semasa mengendalikan bahan pendingin.
                                3.  Integriti  dalam  keselamatan  hendaklah  diikuti  oleh  Juruteknik
                                    semasa mengendalikan bahan pendingin.
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36