Page 28 - nota mpp2013
P. 28

NO. KOD  / CODE NUM.             ME-020-2:2012/C02/P(2/3)              Muka / Page :  27
                                                                                    Drpd/of         :  35
                      air.  Keadaan  monsun  akan  bertukar  sama  sekali  kerana  kita  akan  menerima
                      lebih  banyak  hujan  sewaktu  monsun  timur  laut,  yang  bermakna  lebih  banyak
                      kejadian banjir.

                             Kesedaran  rakyat  Malaysia  dan  amnya  masyarakat  dunia  sukar
                      ditingkatkan.  Hanya  3  /10  rakyat  Malaysia  yang  prihatin  kepada  isu-isu  alam
                      sekitar.  Kejadian  gempa  bumi  26  Disember  2004  dan  banjir  besar  di  Johor
                      adalah pengajaran terbaik. Mendidik bukanlah untuk membuat mereka cemas
                      tetapi meminta mereka bertindak secara betul dan tepat.

                      Tenaga alternatif

                      Tenaga  alternatif  seperti  tenaga  nuklear  dan  suria  sebagai  alternatif  yang
                      berdaya  maju.  Malaysia  perlu  meneroka  dan  mempelajari  sendiri  tenaga
                      nuklear  sebagaimana  Korea  dan  Jepun.  Malaysia  menerima  300  hingga  400
                      watt satu meter persegi cahaya matahari.

                             Pemanasan  global  merupakan  peningkatan  purata  suhu  atmosfera
                      permukaan  bumi  secara  global  dan  disebabkan  oleh  aktiviti  manusia  atau
                      secara semuka jadi.


                      Punca – Punca Pemanasan Global

                     Pemanasan  global  berlaku  apabila  gas-gas  seperti  karbón  monoksida,  karbon
                      dioksida, kloroflourokarbon (CFC), metana dan nitros oksida menyerap sinaran
                      daripada  matahari  dan  mengeluarkan  semula  sinaran  tersebut,  suhu  purata
                      atmosfera bumi akan meningkat. Gas-gas ini juga menyerap tenaga haba yang
                      dikeluarkan  daripada  sistem  atmosfera  bumi.  Ini  secara  kolektif  akan
                      meningkatkan lagi suhu purata atmosfera bumi.


                     Selain  itu,  pemanasan  global  juga  berlaku  disebabkan  oleh  aktiviti-aktiviti
                      manusia  seperti  penjanaan  tenaga  elektrik,  peningkatan  pengangkutan  dan
                      penggunaan  CFC  untuk  tujuan  pengawalan  udara  dan  sebagai  “propellant”
                      dalam bekas aerosol. Oleh itu,hal ini telah menyebabkan pengeluaran gas-gas
                      tersebut meningkat. Sumber  gas-gas seperti ini yang disebabkan oleh aktiviti
                      manusia dinamakan gas-gas ‘anthropogenic’.


                     Masalah  ini  turut  berlaku  akibat  daripada  kesan  rumah  hijau.  Antara  gas-gas
                      rumah hijau yang paling banyak menyerap radiasi tenaga haba daripada bumi
                      adalah CFC. CFC pula bertindak dengan gas ozon daripada lapisan ozon dan
                      menyebabkan  penipisan  lapisan  ozon.  Lapisan  ozon  bertindak  melindungi
                      kehidupan  bumi  daripada  radiasi  berbahaya  seperti  sinaran  ultra  lembayung
                      (UVB). Penipisan  lapisan  ozon  seterusnya  akan menyebabkan  radiasi  seperti
                      UVB sampai ke bumi dan akan menyebabkan peningkatan dalam kanser kulit
                      dan penyakit mata.
                     Pembakaran  terbuka  juga  menyebabkan  berlakunya  pemanasan  global.  Ini
                      adalah  kerana  berlakunya  pembebasan  gas  seperti  gas  karbon  monoksida.
                      Kloroflourokarbon   dan  karbon   dioksida.  Gas-gas  ini  akan  dibebaskan  ke
                      atmosfera bumi dan menyebabkan IPU meningkat. Oleh itu, pemanasan global
                      akan berlaku.
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33