Page 31 - nota mpp2013
P. 31

NO. KOD  / CODE NUM.             ME-020-2:2012/C02/P(2/3)              Muka / Page :  30
                                                                                    Drpd/of         :  35
                       Ciri-ciri                                    Penyataan
                                            Jika kelikatan minyak terlalu pekat, bendalir tidak cukup
                                              dan tidak dapat meresap di antara dua permukaan yang
                                              bergeseran.
                                            Kelikatan  minyak  berubah-ubah  mengikut  perubahan
                                              suhu.
                                            Semasa  minyak  panas,  kelikatan  minyak  rendah  (cair)
                                              dan pengaliran minyak laju.
                                            Jika  minyak  berada  pada  suhu  yang  rendah,  kelikatan
                                              minyak  akan meningkat  (pekat) dan  pengaliran minyak
                                              menjadi perlahan.
                                            3 tahap kelikatan minyak bahan pendingin:
                                              a.  – 150
                                              b.  300
                                              c.  500
               3.  Takat tuang              Ialah  takat  yang  menyebabkan  minyak  mengalir  pada
                                              suhu  yang  paling  rendah  apabila  diuji  pada  keadaan
                                              tertentu.
                                            Jika dua jenis minyak mempunyai kelikatan yang sama,
                                              mungkin salah satu daripadanya mempunyai takat tuang
                                              yang tinggi kerana kandungan lilinnya lebih.
                                            Takat  tuang  minyak  mestilah  lebih  rendah  suhunya
                                              daripada suhu dalam penyejat.
                                            Jika  suhu  takat  tuang  tinggi,  minyak  akan  membeku
                                              dalam penyejat.
                                            Ini membuat keupayaan penyejat menurun dan minyak
                                              tidak  dapat  mengalir  balik  ke  pemampat.  Akibatnya
                                              pemampat akan kekurangan minyak.
               4.  Kekuatan                 Ialah pengukuran kealiran arus elektrik mengalir dalam
                   dielektrik                 minyak.
                                            Pemilihan  kekuatan  dielektrik  sangat  mustahak  pada
                                              sistem yang menggunakan pemampat kedap udara.
                                            Kekuatan  dielektrik  yang  tinggi  boleh  mengelakkan
                                              berlakunya  pintasan  elektrik  pada  gegelung  motor
                                              pemampat.
                                            Kekuatan  dielektrik  yang  rendah  boleh  mengakibatkan
                                              terjadinya  pintasan  elektrik  pada  gegelung  motor
                                              pemampat.
                                            Minyak  bahan  pendingin  yang  baik  mempunyai
                                              kekuatan dielektrik lebih daripada 25 KV.
               5.  Kandungan lilin
                   yang rendah
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36