Page 30 - nota mpp2013
P. 30

NO. KOD  / CODE NUM.             ME-020-2:2012/C02/P(2/3)              Muka / Page :  29
                                                                                    Drpd/of         :  35



                iv.  Maklumat Asas Minyak Bahan Pendingin (Core information on refrigeration
                      oil)

                      Dalam  sistem  penyaman  udara  dan  penyejukan,  bahagian-bahagian  yang
                      bergerak  seperti  dalam  pemampat  mestilah  dilicinkan  dan  disejukkan  dengan
                      minyak supaya tahan lebih lama. Minyak yang biasa digunakan adalah minyak
                      bahan pendingin.

                      Minyak bahan pendingin tidak sama dengan minyak pelincir. Minyak ini dibuat
                      khas  supaya  tahan  kepada  keadaan  sejuk,  panas  dan  mestilah  sentiasa
                      berkeadaan  cecair  pada  sebarang  suhu.  Penapisan  minyak  bahan  pendingin
                      dibuat untuk membuang lebihan lilin, kelembapan, sulfur dan bendasing yang
                      lain.

                      Untuk memilih minyak bahan pendingin yang baik, mestilah mengambil kira ciri-
                      ciri berikut :


                       Ciri-ciri                                    Penyataan
               1.  Kestabilan kimia         Supaya  pelincir  pemampat  boleh  dibuat  dalam
                                              jangkamasa  yang  panjang  tanpa  menukarkannya
                                              kepada bahan lain.
                                            Minyak  yang  bermutu  tidak  akan  menghasilkan
                                              tindakbalas kimia pada perubahan suhu.
                                            Bahan  pendingin  tidak  meninggalkan  karbon  apabila
                                              tersejat atau terurai.
                                            Kualiti  minyak  bahan  pendingin  yang  bermutu
                                              mengandungi hidrokarbon yang amat sedikit.
                                            Menentukan  kandungan  hidrokarbon  yang  tidak  tepu
                                              berada dalam minyak.
                                            Kandungan  hidrokarbon  tidak  tepu    yang  rendah
                                              membuatkan minyak bahan pendingin lebih stabil.
                                            Warna  minyak  agak  jernih,  menunjukkan  ia  berkualiti
                                              tinggi.
                                            Minyak  bahan  pendingin  tidak  mengandungi  sebatian
                                              sulfur. Sebatian sulfur yang terkandung di dalam minyak
                                              ini  boleh  mengakibatkan  karat  dan  boleh  menghakis
                                              permukaan logam.
               2.  Kelikatan                Bermaksud  mengukur  kealiran  geseran  bendalir  atau
                                              mengukur rintangan bendalir semasa bendalir mengalir.
                                            Bendalir  yang  mempunyai  kelikatan  yang  nipis  atau
                                              rendah mengalir lebih licin daripada bendalir yang pekat.
                                            Kelikatan  minyak  pemampat  mestilah  diselenggarakan
                                              pada keadaan tertentu.
                                            Jika  kelikatan  minyak  terlalu  nipis,  ini  tidak  dapat
                                              melindungi dua permukaan yang bergeseran.
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35