Page 67 - e-PENGURUSAN SKULWAYS 2020
P. 67
E-PENGURUSAN SEKOLAH
SK ULU LUIT
TAHUN 2020
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SETIAP JAWATANKUASA
1. Merancang dan melaksanakan program/aktiviti bagi unit tersebut.
2. Menyediakan Kertas Kerja bagi setiap program/aktiviti.
3. Menyediakan laporan bertulis dan bergambar untuk dokumentasi.
4. Mengatur dan mengadakan mesyuarat ( sekurang-kurangnya 3 kali setahun/mengikut
keperluan )
5. Menyediakan minit mesyuarat.
6. Menyediakan carta organisasi jawatankuasa unit masing-masing.
7. Membuat penilaian pencapaian - keberkesanan/keberhasilan program/aktiviti.(pascanilai)
Nota : Perancangan program/aktiviti menggunakan format PINTAS.
1. BIDANG TUGAS BADAN DISIPLIN DAN PENGAWAS
Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan-peraturan sekolah berpandukan
pekeliling Kementerian dan Jabatan Pelajaran.
1. Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha menguatkuasa undang-undang
dan peraturan sekolah.
2. Membantu menyelesaikan masalah-masalah yang tidak mampu diselesaikan oleh para
pengawas.
3. Membantu Lembaga Disiplin Sekolah untuk mengesan dan mengesahkan kesalahan-
kesalahan serius yang boleh membawa kepada hukuman penggantungan sementara atau
buang sekolah berpandukan surat Pekeliling Iktisas Bil. 9/1975. Setiausaha Lembaga Disiplin
atas nasihat Guru Besar boleh memanggil mesyuarat tergempar untuk membincangkan kes-
kes berat mengenai disiplin.
4. Mewujudkan sistem rekod disiplin kelas dan sistem pemantauan yang berkesan.
5. Menerima laporan pengawas dan guru pengawas dan seterusnya mengambil tindakan.
6. Menjalankan hukuman disiplin mewakili Guru Besar.
7. Melaksanakan rondaan untuk mengesan murid yang ponteng kelas.
8. Menjadi Pegawai Perhubungan antara ibubapa/penjaga dalam menangani masalah disiplin
di kalangan murid.
9. Menyedia dan membekalkan maklumat data SSDM kepada PPD, JPN / Kementerian apabila
dikehendaki berbuat demikian.
10. Merancang dan melaksanakan program yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan
penghayatan disiplin di kalangan murid sekolah.
TUGAS GURU DISIPLIN
1. Membantu Guru Besar merangka peraturan sekolah.
2. Memastikan undang-undang dan peraturan dikuatkuasakan dan dipatuhi oleh semua.
3. Mengambil tindakan terhadap kes salahlaku murid.
4. Melaksanakan hukuman ( dengan kebenaran Guru Besar ).
5. Merekodkan setiap perjalanan kes dan melaporkannya kepada GPK HEM pada setiap
minggu.
6. Merancang tugasan “spot check‟ di kalangan murid.
7. Sentiasa memberi maklumat kepada GPK HEM berhubung dengan kes-kes yang serius seperti
penyalahgunaan dadah,peras ugut, kumpulan haram, buli dan lain-lain.
8. Bersedia bertugas pada bila-bila masa terutama melibatkan kawalan murid.

