Page 69 - e-PENGURUSAN SKULWAYS 2020
P. 69
E-PENGURUSAN SEKOLAH
SK ULU LUIT
TAHUN 2020
3. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1. Memberi bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid yang mempunyai masalah
disiplin.
2. Merancang dan melaksanakan program-program bimbingan, kaunseling dan
motivasi untuk murid-murid sekolah ini.
3. Mewujudkan, merekod, mengemaskini serta menyimpan profil murid-murid yang
dikenalpasti bermasalah disiplin oleh badan disiplin sekolah.
4. Membantu Jawatankuasa Pengawas dan Disiplin dalam mewujudkan suasana
disiplin yang baik di sekolah ini.
5. Bertanggungjawab memesan dan menyimpan buku stok serta bahan-bahan lain
di bawah bimbingan dan kaunseling.
6. Membantu dalam urusan memberi kaunseling dan permohonan murd-murid
Tahun 6 ke sekolah asrama penuh.
7. Membantu murid-murid yang memerlukan pertolongan cemas seperti murid sakit,
atau cedera semasa di sekolah.
8. Menganjurkan serta menyelaraskan Program Guru Penyayang serta Dasar Warga Emas
Negara (DWEN).
.
4. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KEBERSIHAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN
(3K)
1. Bertanggungjawab ke atas pelaksanaan Konsep Sekolah Selamat.
2. Bertanggungjawab ke atas dan melaksanakan ciri-ciri keselamatan di kawasan sekolah
seperti pemeriksaan alat pemadam api, peralatan elektrik, laluan keselamatan dan lain-
lain.
3. Bertanggungjawab menggubal dan mempamerkan Peraturan dan Pelan Latihan
Kebakaran/Kecemasan di papan kenyataan dan bilik darjah.
4. Merancang dan melaksanakan latihan kebakaran dua kali setahun.
5. Merancang serta mengadakan aktiviti-aktiviti yang menuju ke arah keselamatan
dan kesejahteraan murid seperti ceramah,taklimat dan sebagainya.
6. Menyediakan ‘borang pelawat’ dan memastikan pengawal pondok keselamatan hanya
membenarkan mereka masuk ke kawasan sekolah selepas mendaftar nama
di pondok pengawal keselamatan.
7. Memastikan murid-murid tidak dibenarkan berehat, makan dan minum dalam
pondok pengawal keselamatan.
8. Mengatur jadual tugas untuk mengawas murid-murid bersama-sama dengan guru
bertugas mingguan selepas murid-murid bersurai setiap hari di tempat menunggu
kenderaan.
9. Menganjurkan program-program yang berkaitan dengan keceriaan dan kebersihan sekolah.
5. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KESIHATAN
1. Bertanggungjawab mengumpul dan menguruskan buku dan kad kesihatan murid
dengan kerjasama guru kelas.
2. Mengenalpasti dan merekod murid-murid yang mempunyai masalah kesihatan
seperti sawan,jantung berlubang, lelah ,asma dan penyakit lain yang mudarat.
3. Merancang dan melaksanakan program-program kesihatan seperti lawatan, ceramah
atau pameran yang memberi faedah kepada murid-murid.
4. Bekerjasama dengan petugas-petugas kesihatan apabila mereka datang untuk
memberi suntikan kepada murid-murid sekolah ini.
5. Bekerjasama dengan petugas-petugas klinik gigi sekolah untuk memastikan murid-
murid mempunyai tabiat kesihatan mulut (oral hygiene) yang baik.
6. Peka kepada isu-isu kesihatan semasa dan memaklumkan kepada murid-murid
tentang langkah-langkah mencegah penyakit/wabak dari semasa ke semasa.

