Page 84 - Ini-Doaku
P. 84
penduduk di langit bilamana mereka melazimi nama Allah SWT dalam
setiap perkara. (Lihat Syarh Hisn al-Muslim, hlm. 149)
Lihat juga artikel di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
bertajuk Irsyad al-Hadith Siri ke-463: Maksud Doa Tolak Waba’ (Siri 1)
untuk bacaan lanjut.
21. Doa ini berdasarkan hadith daripada Abu Hurairah R.A, katanya:
Rasulullah SAW berdoa:
ِ
َ
ِ ِ ِ
ِ
ِ
َ
َ
َ
ايح ْ لا ةَنْتف نم َ و ، راّ نلا ِ باذ َ ع نم َ و ، ِبَقْلا ِ باذ َ ع نم َ كِب ُ ذو ُ عأ ّ نِإ م ُ هّ للا
َ ْ
ْ
ْ
ْ
ْ
ّ
ِ ِ ِ
ِ
ِ
َ
ِ َ
لاجّ دلا ِ حيس ْ لا ةَنْتف نم َ و ، ت َ م ْ لا َ و
ّ
ْ
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu
daripada seksa kubur, daripada azab neraka, daripada f tnah
kehidupan dan kematian, dan daripada f tnah al-Masih al-Dajjal.”
Riwayat al-Bukhari (1377) dan Muslim (1352)
Imam al-Nawawi menyebut: Hadith ini menunjukkan thabitnya azab kubur
dan f tnahnya. Inilah mazhab yang benar berbanding dengan pegangan
mazhab Muktazilah. (Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 5/85)
Berkenaan maksud f tnah, al-Azhari menyebut: “Inti makna f tnah
di dalam bahasa Arab terkumpul pada makna cubaan dan ujian.” (Lihat
Tahzib al-Lughah, 14/296 dan Mu’jam Maqayis al-Lughah, 4/472)
Ibn al-Athir pula berkata: “(Perkataan f tnah) banyak penggunaannya
dalam perkara yang tidak disukai. Kemudian ia banyak digunakan untuk
makna-makna; dosa, kekaf ran, perang, pembakaran, penghilangan dan
memalingkan sesuatu.” (Lihat al-Nihayah, 3/410)
81 81

