Page 90 - Ini-Doaku
P. 90
Kami pernah bertanya kepada Syeikh Muhamad ‘Awwamah
berkenaan makna “penyakit-penyakit yang buruk”. Menurutnya, ia adalah
apa-apa sahaja penyakit teruk yang berbahaya seperti selsema burung,
kanser dan sebagainya. Maka, virus Covid-19 yang sedang tular pada
waktu ini juga boleh dikategorikan sebagai penyakit-penyakit yang buruk
sepertimana disebutkan di dalam hadith atau doa di atas. (Berdasarkan
pertemuan di kediaman beliau di Istanbul, Turki pada 27/1/2020)
Lihat juga artikel di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
bertajuk Irsyad al-Hadith Siri ke-465: Maksud Doa Tolak Waba’ (Siri
3) untuk bacaan lanjut.
25. Doa ini adalah mengikut lafaz yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban, iaitu
daripada Ziyad bin ‘Ilaqah, daripada bapa saudaranya, bahawa Nabi SAW
membaca doa:
َ ْ ِ
ِ
ِ
ِ
ِ
َ ْ
َ ْ
َ ْ
َ
ِ
ءا َ و ْ دلا َ و ،ءاوسلا َ و ،ءاو ْ هلا َ و ،ق َ ل ْ خلا تاركْنم ينبّ ن َ ج م ُ هّ للا
َ ْ
َ
ُ
َ
ْ
ّ
Maksudnya: “Ya Allah! Jauhkanlah aku daripada kemungkaran
akhlak (akhlak-akhlak yang keji), mengikut hawa nafsu, keadaan
yang buruk dan penyakit yang berbahaya.”
Riwayat Ibn Hibban (960)
Manakala mengikut lafaz dalam riwayat al-Tirmizi, daripada Ziyad bin
‘Ilaqah, daripada bapa saudaranya, bahawa Nabi SAW membaca doa:
ِ
َ
ِ
َ
َ
ِ
َ
ِ
ِ
َ
ءاو ْ هلا َ و ل َ م ْ علا َ و ق َ ل ْ خلا تاركْنم نم َ كِب ُ ذو ُ عأ ىّ نِإ م ُ هّ للا
ُ ْ
ّ
َ
َ
Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari keburukan
akhlak, amalan dan hawa nafsu.”
Riwayat al-Tirmizi (3591)
87 87

