Page 92 - Ini-Doaku
P. 92

26. Doa ini adalah berdasarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan
           daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:
                  ِ      ِ     ِ     ِ     ِ     ِ    ِ    ِ ِ
                  ةَت َ م َ شو ، ءا َ ضَقلا ءوسو ، ءاَق ّ  شلا كرَدو ، ء َ لبلا ده َ ج نم ل  اِب او ُ ذوعَت
                                            َ َ
                                 ُ َ
                      َ
                                                          ْ
                                                                   ّ  َ
                                                       ْ
                                                   َ
                                                                   َ
                                                               ءاَد ْ علا
                 Maksudnya:  “Mintalah  perlindungan  kepada  Allah  daripada
                 bala yang berat, hinanya kesengsaraan, takdir yang buruk, dan
                 kegembiraan musuh (terhadap masalah yang menimpa).”
                                                     Riwayat al-Bukhari (6347)
                                                          dan Muslim (2707)
              Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa maksud perlindungan daripada
           buruknya  takdir  adalah  merangkumi  buruknya  takdir  dalam  agama,
           dunia, badan, harta dan keluarga. Manakala berkenaan maksud hinanya
                          ِ   ِ
           kesengsaraan (    ءاَق ّ  شلا ك َ رَد  ),  ia  juga  merangkumi  urusan-urusan  akhirat
           dan dunia. (Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 17/31)
              Permintaan berlindung daripada ketentuan takdir yang berakibat buruk
           tidaklah  bertentangan  dengan  sikap  redha  terhadap  ketentuan  takdir
           Allah  SWT.  Ini  kerana  meminta  berlindung  dari  ketentuan  takdir  yang
           buruk juga merupakan ketentuan takdir Allah SWT. Allah boleh sahaja
           mentakdirkan bala kepada seseorang. Namun Allah juga mentakdirkan
           bahawa apabila seseorang berdoa, maka Dia akan menghilangkan bala
           tersebut. (Lihat Tuhfah al-Zakirin, hlm. 381 dan Mir’at al-Mafatih, 8/214)











        89                                                                      89
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97