Page 89 - Ini-Doaku
P. 89

badan dan kekal kesannya serta sebahagiannya memberi kesan kepada
           akal.  Penyakit-penyakit  ini  tidak  sama  dengan  penyakit-penyakit  lain
           yang  mana  ia  tidak  kekal  seperti  demam,  pening  dan  seumpamanya
           yang mana ia adalah kaffarat (penghapus dosa) dan bukannya hukuman.
           (Lihat Ma’alim al-Sunan, 1/297)

              Tambahan pula, penyakit gila adalah suatu penyakit yang menyebabkan
           hilangnya akal di mana akal adalah permulaan kepada kebaikan ilmu dan
           amal sehingga dikatakan ia (akal) lebih utama daripada ilmu.


              Adapun  penyakit  kusta  pula  adalah  penyakit  yang  menyebabkan
           badan menjadi hitam, lalu ia akan merosakkan anggota dan kemungkinan
           ia akan memakan anggota tersebut sehingga menyebabkan ia terputus
           daripada  badan.  Justeru,  kita  dituntut  untuk  memohon  perlindungan
           dengan Allah daripada apa-apa yang boleh merosakkan batin kita seperti
           hilangnya akal serta apa-apa yang boleh mencacatkan zahir kita seperti
           penyakit kusta ini.

              Maka  dengan  sebab  itu,  diumumkan  (pada  akhir  doa)  dari  setiap
           penyakit yang membinasakan diri atau badan dengan menyebut penyakit-
           penyakit yang buruk. (Lihat al-Futuhat al-Rabbaniyyah, 7/217-218)

              Al-Tibi pula dalam menjelaskan hadis ini menyebut bahawa Nabi SAW
           tidak  meminta  berlindung  secara  mutlak  dari  segala  penyakit  kerana
           sebahagian  penyakit  ada  yang  tidak  terlalu  parah  dan  mengandungi
           banyak pahala jika dihadapi dengan sabar. Ini seperti demam, pening,
           sakit mata dan sebagainya. Baginda SAW hanya minta berlindung dari
           penyakit-penyakit yang kronik, yang berpanjangan, di mana menjadikan
           manusia menjauhi darinya seperti sopak, gila, kusta dan seumpamanya.
           (Lihat Syarh al-Tibi ‘ala Misykat al-Masabih, 6/1918)





   86
   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94