Page 86 - Ini-Doaku
P. 86
dengan kalimat di sini adalah al-Quran. Wallahu a’lam. (Lihat al-Minhaj
Syarh Sahih Muslim, 17/31)
Di dalam Syarah Hisn al-Muslim, dikatakan maksud kalimah Allah yang
sempurna itu adalah nama-nama Allah yang mana tidak ada padanya
kekurangan. (Lihat Syarh Hisn al-Muslim, hlm. 154)
Abu al-‘Abbas al-Qurtubi menyebut: “Ungkapan Nabi SAW
ِ
ِ ِ ِ
ِ
” (tidak akan dimudaratkannya oleh sesuatu,
“ َ كلَذ هل ِ زْن َ م ْ نم َ ل َ ت ْ ر َ ي ىّ ت َ ح ء ْ ى َ ش ُه ُ ض َ ي َ ل ْ
ٌ
ّ
sehinggalah dia meninggalkan tempat tersebut), ini adalah khabar yang
sahih, perkataan yang benar berlandaskan dalil dan pengalaman. Ini
kerana sejak mendengarnya, sungguh aku selalu mengamalkannya dan
aku tidak pernah tertimpa marabahaya sehinggalah aku meninggalkannya,
lalu aku disengat kala jengking pada suatu malam. Kemudian aku
merenung, ternyata aku lupa berlindung (kepada Allah) dengan kalimat-
kalimat tersebut.” (Lihat al-Mufhim li ma asykala min Talkhis Syarh
Sahih Muslim, 4/1527)
Manakala dalam hadith lain, yang diriwayatkan daripada Suhail bin Abi
Salih, daripada bapanya, daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:
ِ ِ
ِ
ٍ
َ
ِ َ
ِ ِ َ
ام ّ َ ش نم تاماّ تلا ل ا ت َ ملكِب ُ ذو ُ عأ : تارم َ ث َ لَث ِ سمي َي ح لاَق نم
َ
ْ ُ
ْ َ
ْ
ّ
َ
ّ
ِ
َ
َةليّ للا َ كْلت ٌةَ ُ ح ه ّ ُ ضي ْ َ ل ، َ قل َ خ
َ
ْ ُ َ
Maksudnya: “Sesiapa yang mengucapkan pada waktu petang tiga kali:
ِ ِ
ِ
َ
ِ ِ َ
َ قل َ خ ام ّ َ ش نم تاماّ تلا ل ا ت َ ملكِب ُ ذو ُ عأ َ
َ
ْ
ّ
(“Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada
segala keburukan yang Allah SWT cipta”), tidak akan terkena
sengatan binatang berbisa pada malam itu.”
Riwayat al-Tirmizi (3604)
83 83

