Page 249 - DSKP PEMULIHAN KHAS MATEMATIK
P. 249

LAMPIRAN 3 (A)

                                        CONTOH PEMBELAJARAN BERMAKNA : MENGAPLIKASI KEMAHIRAN (MATEMATIK)  - 1


                 TAJUK                           :  Operasi Tambah

                 STANDARD PEMBELAJARAN  :  2.1.1 Menambah dua nombor hasil tambah dalam lingkungan 1000.
                 KEMAHIRAN PEMULIHAN             :  4.3 - Tambah Dalam Lingkungan 100
                 AKTIVITI                        :  Menambah dua nombor dengan mengumpul semula bagi nombor dua digit dengan nombor satu digit.


                 LANGKAH PENGAJARAN :

                 Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah.

                 1.  Bentukkan kumpulan (lima orang).

                 2.  Edarkan bola dan lima botol mineral kosong yang telah dilabelkan dengan
                     angka ‘5’ hingga ‘9’ kepada setiap kumpulan. Susun botol seperti permainan boling.

                 3.  Minta murid pertama meleretkan bola ke arah botol tersebut hingga berjaya
                     menjatuhkan sekurang- kurangnya dua botol.

                 4.  Murid tersebut perlu menambahkan nombor yang terdapat pada botol yang jatuh tadi.              puluh                sa

                 5.  Semua ahli kumpulan perlu mengambil giliran untuk bermain.

                 6.  Bawa murid ke bilik darjah.

                 7.  Minta murid mencari jumlah bagi ‘18 dan 6’ dengan menggunakan pembilang.
                     Minta mereka membilang sebanyak lapan belas pembilang dahulu dalam
                     sepuluh-sepuluh (dimasukkan ke dalam beg plastik dan diikat) dan satu-satu,
                     diikuti dengan enam pembilang, seperti berikut:





                                                                                    242
   244   245   246   247   248   249   250   251   252   253   254