Page 254 - DSKP PEMULIHAN KHAS MATEMATIK
P. 254

LAMPIRAN 3 (C)

                                        CONTOH PEMBELAJARAN BERMAKNA : MENGAPLIKASI KEMAHIRAN (MATEMATIK)  - 3


                 TAJUK                           :  Wang

                 STANDARD PEMBELAJARAN  :  4.3.1 Menyelesaikan masalah harian melibatkan penambahan dan penolakan wang.
                 KEMAHIRAN PEMULIHAN             :  8.1 Wang hingga RM10
                 AKTIVITI                        :  Menambah dan menolak gabungan wang syiling dan wang kertas yang memberikan jumlah nilai tertentu
                                                    hingga RM10.

                 LANGKAH PENGAJARAN :
                 1.  Adakan aktiviti ‘Jualan Mega ’ untuk sesi pengajaran ini. Harga setiap barang ditandakan kurang daripada 1 ringgit.


                 2.  Pada hari ‘Jualan Mega ’:

                    a.  Bentukkan kumpulan (lima orang).
                    b.  Tetapkan beberapa kumpulan sebagai ‘pembeli’ dan kumpulan yang lain sebagai ‘penjual’.
                    c.  Susunkan meja dan barang-barang untuk jualan.
                    d.  Edarkan sampel duit syiling yang mencukupi kepada setiap kumpulan ‘pembeli’.


                 3.  Maklumkan kepada murid bagaimana aktiviti ini dijalankan.
                    a.  ‘Pembeli’ akan menggunakan sampel wang yang mereka terima sebagai ‘wang belanja’. Mereka dibenarkan membeli lebih daripada satu
                        barang sekiranya wang mereka mencukupi. Mereka perlu membawa bersama barang yang dibeli bersama-sama wang baki yang ada.
                    b.  ‘Penjual’ pula akan menyimpan semua wang yang diterima daripada ‘pembeli’.


                 4.  Beredar  di  sekeliling  kelas  untuk  membantu  mereka dalam  aktiviti  ini  dan  kenal  pasti  masalah pembelajaran murid.








                                                                                    247
   249   250   251   252   253   254   255   256   257   258