Page 14 - DSKP PEMULIHAN KHAS BM
P. 14
BUKU PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
PROGRAM PEMULIHAN KHAS
DEFINISI PEMBELAJARAN ABAD KE-21
Proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen
komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi
nilai murni dan etika.
Pembelajaran Abad ke-21 bukan setakat merujuk kepada
penggunaan gajet, perkakasan dan perisian terkini teknologi ICT di
dalam bilik darjah.
Pembelajaran Abad ke-21 bermaksud guru menggunakan kaedah
PdP berpusatkan murid (student - centred) serta menekankan
elemen membina Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam diri
murid.
Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof,
Mantan KPPM Komunikasi
Berlaku interaksi antara guru - murid, murid-murid dan murid -
bahan secara lisan dan bukan lisan bagi menyampaikan ilmu
yang mereka faham dan berkongsi pengetahuan dengan rakan-
rakan.
Komunikasi berkesan berlaku apabila;
i. Murid dapat memerhati, mendengar dan memberi maklum
balas dengan orang lain
ii. Murid dapat menyusun pemikiran mereka secara logik dan
Sumber
Penerangan Dasar Pendidikan 2018 menyatakannya secara jelas dan ringkas
Unit Komunikasi Korporat, KPM
7

