Page 21 - DSKP PEMULIHAN KHAS BM
P. 21

BUKU PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
                                                                                                                                    PROGRAM PEMULIHAN KHAS

                Penyelesaian Masalah                                                          yakin.  Guru  berperanan  sebagai  fasilitator  untuk  membimbing
                                                                                              proses penerokaan dan refleksi misalnya melalui aktiviti soal jawab.
                Penyelesaian masalah ialah aktiviti PdP yang melibatkan masalah               Ciri – ciri pembelajaran inkuiri berfokus pada hipotesis yang hendak
                berbentuk perkataan, masalah bukan mekanis, teka teki, kuiz atau              diuji, sikap keterbukaan, penggunaan dan pengesahan fakta atau

                penggunaan  kemahiran  matematik  dalam  situasi  sebenar.  Murid             bukti dan rumusan.
                perlu menggunakan kemahiran, prinsip dan teori yang telah mereka
                pelajari untuk menyelesaikan masalah yang diberikan. Kaedah ini
                menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif.                        Pembelajaran Koperatif

                                                                                              Kaedah PdP pembelajaran koperatif dilaksanakan dalam kumpulan
                Pembelajaran Berasaskan Projek                                                yang membolehkan murid belajar bersama-sama, saling belajar dan
                                                                                              membantu  antara  satu  sama  lain  untuk  menyelesaikan  sesuatu
                Murid  menggunakan  maklumat  lama  dan  baharu  untuk                        tugasan.  Ahli  kumpulan  bekerja,  berkongsi  idea,  bahan  dan
                menghasilkan sesuatu yang nyata. Kaedah ini melibatkan murid-                 peralatan  untuk  mencapai  matlamat  sendiri  dan  kumpulan.
                murid  mengkaji  sesuatu  isu,  menyiasat  dan  mempersembahkan               Pembelajaran  koperatif  ini  dapat  menghasilkan  satu  tugasan
                dapatannya.  Hal  ini  juga  dapat  membantu  guru  menilai                   kumpulan,  di  samping  mewujudkan  interaksi  antara  murid,
                perkembangan  atau  kualiti  pembelajaran  murid.  Murid  lebih               kerjasama dan semangat berpasukan yang kuat.
                bermotivasi kerana dapat menghasilkan sesuatu produk.

                                                                                              Pembelajaran Berpusatkan Murid
                Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
                                                                                              Strategi  PdP  dalam  mata  pelajaran      Bahasa  Melayu  haruslah
                Pembelajaran  berasaskan  inkuari  merupakan  pendekatan  PdP                 berpusatkan  murid  bagi  membolehkan  mereka  berinteraksi  dan
                yang  berpusatkan  murid  secara  menyeluruh.  Murid  mencari  dan            menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Oleh itu,

                menyelidiki sesuatu perkara atau peristiwa secara sistematik, kritis          murid dapat membina keyakinan berbahasa.
                dan  analitis  sehingga  dapat  merumuskan  jawapan  kepada
                persoalan atau penemuannya sendiri dengan


                                                                                    14
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26