Page 127 - BUKU PENGURUSAN SK SERI ISKANDAR 2022/2023
P. 127

Jika  kes  berat  yang  memerlukan  tindakan  segera,  buat
                                       catatan  dalam  BPKM  dan  terus  maklumkan  kepada  Guru
                                       Disiplin / PK HEM.
                                5.2.8  Guru  Disiplin  (Penyelaras  BPKM)  akan  menyemak  BPKM
                                       setiap  hari  dan  mengambil  nama  murid  yang  bermasalah
                                       untuk tindakan selanjutnya pada keesokannya.
                                5.2.9  Penyelaras  BPKM  hendaklah  menjaga  BPKM  dengan  baik
                                       dan  sempurna  mengikut  susunan  minggu  dan  bulan  dan
                                       diserahkan kepada PK HEM pada setiap akhir semester 1 &
                                       2.
                                5.2.10 Sekiranya BPKM hilang , Ketua Kelas hendaklah melaporkan
                                       kepada Ketua Guru Disiplin sekolah dengan segera.
                                5.2.11 Nama guru yang tidak hadir mengajar dalam BPKM , Guru
                                       Disiplin  hendaklah  melaporkan  kepada  PK  HEM  dan
                                       Pengetua / Guru Besar.



                              5.3.1  Guru yang sedang mengajar di dalam kelas mesti memastikan
                                     murid yang mahu keluar kelas mendapatkan bip/ pas terlebih
                                     dahulu
                              5.3.2  Murid mesti sentiasa memakai bip/ pas setiap kali keluar dari
                                     kelas
                              5.3.3  Guru mesti memastikan murid memulangkan bip/ pas selepas
                                     digunakan secepat mungkin.
                              5.3.4  Semua guru hendaklah menegur murid yang keluar kelas untuk
                                     berurusan  tanpa  bip/  pas  supaya  kembali  ke  kelas  dan
                                     mendapatkan bip/ pas tersebut.
                              5.3.5  Semua  guru  hendaklah  menegur  murid  yang  keluar  kelas
                                     memakai bip/ pas tidak sempurna.
                              5.3.6  Guru-guru yang berada di Bilik Guru / Bilik-bilik Khas hendaklah
                                     menyuruh  murid  yang  datang  untuk  berurusan  di  bilik-bilik
                                     tersebut tanpa bip/ pas supaya kembali semula ke kelas untuk
                                     mendapatkannya  daripada  guru  di  kelas  (kecuali  pada  masa
                                     rehat/ selepas tamat sesi persekolahan).
                              5.3.7  SEMUA  GURU  hendaklah  menegur murid  yang  keluar  kelas
                                     tanpa  tujuan  supaya  kembali  semula  ke  kelasnya  dengan
                                     segera (contoh : berada di luar tandas/ koridor).
                              5.3.8  Bip/  pas  tidak  diperlukan  jika  guru  keluar  bersama-sama
                                     dengan murid/ sesi pengajaran dan pembelajaran di makmal/
                                     bengkel/ surau/ padang.
                              5.3.9  Guru  diharap  agar  tidak  memberikan  bip/  pas  sewenang-
                                     wenangnya  kepada  murid.  Seboleh-bolehnya  elakkan  murid
                                     keluar kelas pada waktu PdPc sedang dijalankan.
                              5.3.10 Jika ada murid yang baru masuk ke kelas semasa pengajaran
                                     sudah  bermula,  guru  hendaklah  menanyakan  sebab
                                     kelewatannya/ tujuan keluar/ dan sebagainya. Jika alasan yang
                                     diberi  tidak  munasabah,  catat  nama  murid  yang  berkenaan
                                     dalam  Buku  Pengesanan  Murid.  Denda  akan  dikenakan  jika
                                     perlu/ kesalahan berulang.




                                                                                       SKSI SMART
   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132