Page 9 - Manual Pengurusan SMKM 2021
P. 9

MENGAMALKAN SIKAP JUJUR, IKHLAS, AMANAH SERTA ADIL.

                                  MENGAMALKAN PERKHIDMATAN PENYAYANG.


                                          KEPIMPINAN MELALUI TELADAN.

                                SENTIASA MEMIMPIN DAN MENILAI DIRI SENDIRI.

                           BERUSAHA MEMPERTINGKATKAN ILMU DAN KEMAHIRAN.

                                            KERJA KITA ADALAH IBADAH.



                                                   MANDAT



        Mandat merupakan apa yang diarahkan oleh pihak yang bertanggungjawab (stakehoider) dan apa yang kita
        dilarang melakukannya. Mandat merupakan tauliah atau punca kuasa kepada organisasi dalam membuat
        keputusan dan menjalankan sesuatu tindakan. Mandat juga merupakan suatu rujukan yang perlu diambil
        sebagai dasar dalam pembinaan Misi dan Visi sesebuah organisasi. Mandat juga menjadi garis panduan

        tanggungjawab, perancangan dan kawalan. Dengan adanya mandat ia menjadikan perancangan mempunyai
        ’validity” dan ”reliability” yang tinggi. Mandat yang menjadi rujukan organisasi pendidikan pada hari ini ialah
        Akta Pendidikan, Pekeliling dan Surat Pekeliling Ikhtisas dan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam.

        Berikut adalah contoh-contoh mandat yang berkuatkuasa dan perlu dipatuhi oleh pihak sekolah dalam
        membina strategi dan menjalankan tugasnya:

                  -  Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
                  -  Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA)
                  -  Bil.4/1991 – Strategi Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam
                  -  Bil.7/1991 – Kualiti Meningkat Mutu Kerja
                  -  Bil.8/1992 – Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja
                  -  Bil.2/2005 – Garis Panduan Bagi Mewujudkan Petunjuk-petunjuk Prestasi atau  Key
                     Performance
                  -   Indeks Prestasi Utama (KPI) Bagi Melaksanakan Pengukuran Prestasi di Agensi Kerajaan
                  -  Pekeliling Perkhidmatan Awam
                  -  Pekeliling Perbendaharaan
                  -  Pekeliling & Surat Pekeliling Ikhtisas
                  -  Dasar Pendidikan Kebangsaan
                  -  Dasar Wawasan Negara 2001-2010
                  -  Surat Siaran PPD dan Jabatan Pendidikan Negeri
                  -  Pekeliling-pekeliling Kerajaan




                                                                                                                5
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14