Page 12 - Manual Pengurusan SMKM 2021
P. 12
Contoh Mandat Berdasarkan Hubungan Luar
- SPI Bil 6/1988-Panduan Tajaan oleh Syarikat/Badan Perniagaan Di Sekolah
- SPI Bil 1/1991-Penceramah Jemputan Untuk Majlis dan Aktiviti Agama Islam di Sekolah
- SPI Bil 9/1991-Permohonan mengundang orang-orang kenamaan ke upacara sekolah
- SPI Bil 6/1992- Penerimaan hadiah dan sumbangan dari pertubuhan, institusi, syarikat
dan kerajaan negara luar
- SPI Bil 3/1993-Mengundang Orang-orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah
- SPI Bil 12/2000-Lawatan Pendidikan Murid Di Hari Persekolahan.
- SPI Bil 19/2000-Panduan Menggalakkan Kerjasama dan Sumbangan Pihak Luar Dalam
Program ICT Di Sekolah
- SPI Bil 5/2001-Batasan Persatuan Ibu Bapa Guru Di Sekolah.
STAF SEKOLAH
PANDUAN UNTUK
ARAHAN AM
1. Selaku pegawai kerajaan, guru tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am
Kerajaan
2. Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh
mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan.
3. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu
profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata.
4. Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
Perkhidmatan Cemerlang.
5. Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara.
6. Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan
tugas.
7. Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid dan harta benda sekolah ketika
berada di sekolah.
8. Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.
8

