Page 18 - KSSM PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
P. 18

KSSM PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3





                          PROFIL                   PENERANGAN                                    PROFIL                    PENERANGAN
                          MURID                                                                   MURID


                      Kerja             Mereka boleh bekerjasama secara                      Bermaklumat       Mereka mendapatkan pengetahuan
                      Sepasukan         berkesan dan harmoni dengan orang                                      dan membentuk pemahaman yang
                                        lain. Mereka menggalas                                                 luas dan seimbang merentasi
                                        tanggungjawab bersama serta                                            pelbagai disiplin pengetahuan.
                                        menghormati dan menghargai                                             Mereka meneroka pengetahuan
                                        sumbangan yang diberikan oleh                                          dengan cekap dan berkesan dalam
                                        setiap ahli pasukan. Mereka                                            konteks isu tempatan dan global.
                                        memperoleh kemahiran interpersonal                                     Mereka memahami isu-isu etika
                                        melalui aktiviti kolaboratif, dan ini                                  undang-undang berkaitan maklumat
                                        menjadikan mereka pemimpin dan                                         yang diperoleh.
                                        ahli pasukan yang lebih baik.
                                                                                             Penyayang/        Mereka menunjukkan empati, belas

                      Bersifat          Mereka membangunkan rasa ingin                       Prihatin          kasihan dan rasa hormat terhadap
                      Ingin Tahu        tahu semula jadi untuk meneroka                                        keperluan dan perasaan orang lain.
                                        strategi dan idea baharu. Mereka                                       Mereka komited untuk berkhidmat
                                        mempelajari kemahiran yang                                             kepada masyarakat dan memastikan
                                        diperlukan untuk menjalankan inkuiri                                   kelestarian alam sekitar.
                                        dan penyelidikan, serta menunjukkan
                                        sifat berdikari dalam pembelajaran.                  Patriotik         Mereka mempamerkan kasih sayang,
                                        Mereka menikmati pengalaman                                            sokongan dan rasa hormat terhadap
                                        pembelajaran sepanjang hayat secara                                    negara.
                                        berterusan.

                      Berprinsip        Mereka berintegriti dan jujur,
                                        kesamarataan, adil dan menghormati
                                        maruah individu, kumpulan dan
                                        komuniti. Mereka bertanggungjawab
                                        atas tindakan, akibat tindakan serta
                                        keputusan mereka.




                                                                                        6
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23