Page 25 - T4 PAI NOTA LENGKAP BUKU TEKS
P. 25

NOTA LENGKAP BUKU TEKS  PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4


                SEBAB TURUN AYAT 139

               Ibnu Abbas berkata ketika para sahabat nabi mengalami kekalahan dalam Perang Uhud.
               Lalu Rasulullah berdoa:

               “Ya  Allah  Janganlah  engkau  Biarkan  mereka  menewaskan  kami,  Ya  Allah  tiada  daya
               melainkan kekuatanmu , Ya Allah tiada lagi akan menyembahmu kecuali kumpulan kami ini,
               Maka bantulah kami.” Lalu turunlah ayat ini .
                                                                  (Wahbah az-Zuhaily: Tafsir al-Munir)

               SPEKTRUM ILMU
                 Perang Uhud berlaku pada tahun ke3H, Tahun 625M,
                 Diantara tentera Islam dengan kaum kafir Quraisy,
                 Peperangan ini dinamakan Perang Uhud kerana berlaku di Bukit Uhud

               KONSEP SUNNATULLAH

               Maksud Sunnatullah
               Sistem dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah terhadap semua makhluk, dan tiada siapa
               yang boleh menghalang atau mengubah ketetapan tersebut.

               Sunnatullah meliputi perkara berikut:

               1.  SUNNATULLAH BERSIFAT TETAP DAN KEKAL DENGAN IZIN ALLAH
               Allah berfirman:

                                                                        
                                                                                 
                                                                               
                                                       
                      
                                                             
                                                                
                                                              
                                                      
                                                                                             
                                                                                                       
                                                                                                         
                                               
                                                
                                                                                  
                                       
                                                                                           
                
                                     
                                                  
                                               
                                                  
                                                                                          
                                                                                   
                                                                                                        
                                                                                                      
                                                            
                                                       
                                                                    
                                                                 
                          
                                         
                             
                                                              
                
                                                                                 
                                                                                                          
                                                                             (Surah al-Ahzab: 33, ayat:62)
               Maksud:
               Demikianlah menurut  sunnatullah  yang berlaku  kepada orang  yang telah lalu, Kamu  tidak
               akan mendapati perubahan pada sunnatullah itu.

               2.  SUNNATULLAH MERANGKUMI SEMUA MAKHLUK.
               Allah berfirman:
                                                                         
                                                                        
                                                                                                 
                                           
                                                                                    
                                                                                   
                                         
                                            
                                                 
                                                    
                                   
                                                  
                                                                                                         
                                                                                                   
                                                                 
                                     
                                        
                                                                 
                                                                               (Surah ar-Ra’d: 13, ayat:15)
               Maksud:
               Dan  kepada  Allah  bersujud  segala  yang  ada  dilangit  dan  dibumi,  dengan  suka  rela  atau
               terpaksa, dan juga bayang-bayang mereka pada waktu pagi dan petang.







               25 |                                                                                                s y a b a s 1 8 1 @ g m a i l . c o m
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30