Page 27 - T4 PAI NOTA LENGKAP BUKU TEKS
P. 27

NOTA LENGKAP BUKU TEKS  PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4


               SPEKTRUM ILMU
               Firman Allah:

                 
                                                                                                
                                                            
                  
                                                             
                                                                            
                                                                             
                                                                  
                                                                     
                                        
                                  
                                                
                                          
                                
                                                      
                                                           
                                                                                          
                                                
                                                                                 
                                                                                  
                                                                         
                                                       
                                                                                                      
                                                                                                        
                                                                                                    
                                                                                              
                                                                                                 
                                                                               
                                                                              
                                                                                          
                                                                                (Surah al-A'raf:7, ayat:56)
               Maksud:
               Dan (Tuhan berfirman lagi) “Sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, pastilah
               kami  akan  membuka  kepada  mereka  keberkatan  dari  Langit  dan  bumi,  Tetapi  mereka
               mendustakan  (Rasul  Kami)  lalu  kami  timpakan  Mereka  dengan  azab  disebabkan  apa  apa
               yang telah mereka usahakan.

               KESAN MEMAHAMI SUNATULLAH
               1.  Meyakini Setiap yang berlaku dalam kehidupan mengikut ketetapan dan kehendak Allah
                    yang Maha bijaksana.
               2.  Merancang strategi dengan teliti dalam setiap tindakan untuk mencapai kejayaan.
               3.  Menerima ketetapan Allah dengan bersikap positif dalam setiap keadaan.
               4.  Mengkaji dan menyelidiki kejadian alam untuk pembangunan dan kemajuan umat Islam.
               5.  Membentuk hati membentuk  jati  diri  dan semangat  jihad  yang tinggi  dalam berdepan
                    dengan cabaran kehidupan.

               SPEKTRUM ILMU
                   Fenomena  kerosakkan  yang  berlaku  di  muka  bumi  adalah  sebagai  satu  bentuk
                    pendidikan dan peringatan kepada manusia.
                   Agar  kembali  kepada  landasan  dan  matlamat  hidup  yang  sebenar  berteraskan  Syariat
                    Islam
                                                                                   (Dr Yusuf al-Qaradawi)

               Firman Allah:
                                                                   
                                                                  
                                                                   
                                                                         
                                                                                
                                                                    
                                                                     
                                                                                      
                                                         
                                                       
                                                                                      
                                                                                                    
                                                           
                                                                                      
                                                   ……                                    …….
                                                       
                                                                               (Surah ar-Ra’d: 13, ayat:11)
               Maksud:
               …….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga
               mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri….

               PENGAJARAN AYAT.
               1.  Kita hendaklah meyakini bahawa Allah telah mengatur kehidupan manusia bersesuaian
                    dengan peraturan dan ketetapan.
               2.  Kita  adalah  menjadi  pengembara  di  muka  bumi  supaya  dapat  mengetahui  dan
                    menyelidiki sunnatullah.
               3.  Kita  hendaklah  mengkaji  dan  menyelidiki  sejarah  umat  terdahulu  agar  menjadi
                    pedoman dalam kehidupan.
               4.  Kita hendaklah meyakini bahawa al-quran ialah petunjuk ke arah kebenaran bagi orang
                    yang beriman dan bertakwa.
               5.  Kita hendaklah menjauhi sikap lemah dan mudah berputus asa ketika menerima ujian
                    dalam kehidupan.
               6.  Kita hendaklah menjaga keimanan agar beroleh kedudukan yang tinggi di sisi Allah


               27 |                                                                                                s y a b a s 1 8 1 @ g m a i l . c o m
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32