Page 29 - T4 PAI NOTA LENGKAP BUKU TEKS
P. 29
NOTA LENGKAP BUKU TEKS PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4
06: AL QURAN : KEFAHAMAN: LARANGAN MEMPERSENDAKAN AGAMA
BACA DENGAN BETUL, LANCAR DAN BERTAJWID
(Surah al-An’am:: 6, ayat:70)
PAUTAN KOD QR: BACAAN AYAT KEFAHAMAN
http://bukuteks.dbp.gov.my/media.php?=1695
Maksud:
Dan tinggalkanlah orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan gurauan,
serta mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Ingatkanlah (Mereka) dengan al-Quran itu
agar diri masing-masing tidak terjerumus (ke dalam neraka) disebabkan apa-apa yang telah
diusahakan. Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat selain daripada
Allah. Jika dia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (pasti) tidak akan
diterima daripadanya. Mereka itulah orang yang dihancurkan oleh Allah disebabkan apa apa
yang diusahakan oleh mereka. Bagi mereka disediakan minuman daripada air panas yang
menggelegak dan azab yang pedih kerana mereka kufur (ketika hidupnya)
BACA AYAT DENGAN BETUL DAN FAHAMI MAKSUDNYA
Dan tinggalkanlah orang yang menjadikan
agama mereka sebagai permainan dan
gurauan,
Serta mereka telah ditipu oleh kehidupan
dunia.
Ingatkanlah (Mereka) dengan al-Quran itu
agar diri masing-masing tidak terjerumus (ke
dalam neraka) disebabkan apa-apa yang telah
diusahakan.
Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga
pemberi syafaat selain daripada Allah.
Jika dia hendak menebus (dirinya) dengan
segala jenis tebusan, (pasti) tidak akan
diterima daripadanya.
29 | s y a b a s 1 8 1 @ g m a i l . c o m

