Page 30 - T4 PAI NOTA LENGKAP BUKU TEKS
P. 30
NOTA LENGKAP BUKU TEKS PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4
Mereka itulah orang yang dihancurkan oleh
Allah disebabkan apa apa yang diusahakan
oleh mereka.
Bagi mereka disediakan minuman daripada
air panas yang menggelegak dan azab yang
pedih kerana mereka kufur (ketika hidupnya)
BENTUK PERBUATAN MEMPERSENDAKAN ISLAM
1. Berasa bangga mempersendakan nama Allah
2. Mengejek dan menghina Sunnah Rasulullah
3. Menghina golongan ulama dan orang soleh
4. Mentafsir al-quran mengikut hawa nafsu dan logik akal semata-mata
5. Menyanjung perbuatan maksiat
6. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal
SPEKTRUM ILMU
Al-Imam al-Qurtubi berkata:
Jika ada seseorang melihat kemungkaran hendaklah dia memberikan nasihat dan
peringatan .
Sekiranya nasihat dan peringatan tersebut ditolak maka tinggalkanlah mereka
CARA MENJAGA KESUCIAN ISLAM
1. Memperkasakan program keilmuan berbentuk bimbingan di semua lapisan masyarakat
2. Mencontohi keperibadian mulia rasulullah.
3. Meningkatkan kualiti ibadah korban dan sunnah demi menjamin keutuhan akidah
4. Meninggalkan segala perbuatan yang boleh mencemarkan kesucian agama islam.
5. Mengamalkan tuntutan amar makruf dan nahi mungkar dalam kehidupan.
6. Penguatkuasaan undang-undang dengan mengenakan hukuman dan denda yang berat
kepada pesalah
SPEKTRUM ILMU
Saidina Umar al-Khattab berpesan:
Maksud:
Kembali kepada kebenaran itu lebih baik daripada berterusan mempertahankan kebatilan
AMALAN
Daripada Abdullah bin Mas'ud bahawa Rasulullah SAW pernah berdoa:
(Riwayat Muslim)
Maksud:
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadamu petunjuk ketakwaan dan terhindar
daripada perbuatan yang tidak baik dan tidak meminta-minta
30 | s y a b a s 1 8 1 @ g m a i l . c o m

