Page 103 - Pengenalan baru
P. 103
U H A I A N I T A
B e b a s k a n h a t i m u
Jangan Biar Ianya Tersakiti
Situasi 2
“ Saya telah berkahwin dengan suami saya untuk tempoh 3 tahun. Dua
tahun yang pertama kami hidup sebagai pasangan jarak jauh dan untuk
setahun ini baru kami tinggal bersama. Namun begitu, sepanjang
tempoh perkahwinan, saya tidak pernah mendapat layanan sebagai
seorang isteri dari sudut nafkah batin. Saya sering kali mengajak suami
berbincang mengenai hal tersebut namun suami hanya menyatakan
tidak penting untuk mengadakan hubungan kelamin kerana kami
masing-masing sibuk dengan kerjaya sehinggalah suatu hari saya
mendapat tahu bahawa beliau menghidapi penyakit kelamin apabila
saya terjumpa resit dan laporan doktor berkaitan penyakit kelamin
tersebut. Saya telah beberapa kali mengajak suami berbincang dan
memberi sokongan kepada suami untuk berubat, namun akhirnya
suami memberi saya dua pilihan iaitu sama ada mahu terus menunggu
dan bersabar atau memohon penceraian. Saya terasa teraniaya
mengapa suami tidak menjelaskan keadaan dari awal dan bolehkan
saya menuntut fasakh dengan masalah yang dihadapi ini?”
103 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/

