Page 100 - Pengenalan baru
P. 100
U H A I A N I T A
B e b a s k a n h a t i m u
Jangan Biar Ianya Tersakiti
Bab 9
ADUAN REALITI ISTERI DI DALAM PERKAHWINAN YANG TIDAK
MEMBAHAGIAKAN
Situasi 1
Saya sering berasa tertekan dengan sikap suami yang banyak
menghabiskan masa dengan bermain video game dan memancing.
Kebanyakan kerja rumah dan urusan anak saya yang lebih banyak
uruskan sendiri. Bila saya minta pertolongan suami, suami memberi
alasan dengan tidak minat melakukannya meskipun sekadar
menyimpan pakaian. Saya juga banyak memberi bantuan kewangan
kepada suami apabila keadaan memerlukan. Baru-baru ini semasa
tempoh PKP, suami semakin kerap bermain video game dan berlaku
pergaduhan antara kami. Saya berasa geram dan memaksa suami
melafazkan takliq. Suami katakan “bila balik kampong Melaka nanti
jatuh talak satu”. Melaka adalah kampong saya dan sememangnya
kami bercadang untuk balik ke kampong saya setelah tamat PKP.
Apakah berlaku penceraian antara saya dan suami dengan lafaz
tersebut dan apakah yang sepatutnya saya lakukan?
100 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/

