Page 104 - Pengenalan baru
P. 104
U H A I A N I T A
B e b a s k a n h a t i m u
Jangan Biar Ianya Tersakiti
JAWAPAN
Saya puji tindakan puan yang telah mengajak suami berbincang dan
turut memberi sokongan kepada suami. Saya faham bukan mudah
puan untuk menerima keadaan suami dalam usia perkahwinan yang
masih agak baru. Walaubagaimanapun, saya cadangkan untuk puan
berfikir dengan tenang untuk membuat pilihan sama ada puan
mahukan untuk bersama suami atau memilih untuk keluar dari
perkahwinan.
Namun, sekiranya puan memilih untuk keluar dari perkahwinan, ia
bukan menjadi kesalahan. Puan berhak untuk memilih untuk bahagia.
Bagi isu ini terdapat dua keadaan; Sekiranya suami berlapang dada
untuk melepaskan puan, ia adalah satu bonus. Puan boleh
memfailkan tuntutan penceraian dan suami perlu hadir untuk
melafazkan talak sahaja.
Akan tetapi sekiranya dalam keadaan lain suami enggan melepaskan
puan, Puan boleh memfailkan tuntutan fasakh di mahkamah rendah
syariah yang berbidang kuasa. Puan boleh menggunakan elemen
bahawa suami telah tidak menunaikan , tanpa sebab
yang munasabah, kewajipan perkahwinannya( nafkah
batin) selama tempoh 1 tahun atau sedang mengidap
penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap
penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit
sebagai tuntutan kes puan. Bagi mengukuhkan kes,
puan perlu melampirkan bukti-bukti sama ada
dalam bentuk dokumen ataupun saksi bagi
menyokong tuntutan puan.
104 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/

