Page 56 - Pengenalan baru
P. 56

U H A I          A N I T A

                                                                            B e b a s k a n   h a t i m u
                                                                                  Jangan Biar Ianya Tersakiti



               iii)  Suami  tidak  melunaskan  mahar  (mas  kahwin)  yang  telah

               disebutkan dalam akad nikah, baik sebahagian ataupun seluruhnya




               iv)  Terdapat  perlakuan  buruk  oleh  suami  seperti  penganiayaan,

               penghinaan,  dan  tindakan-tindakan  lain  yang  membahayakan


               keselamatan isteri




               Jika  bukti-bukti  dari  pihak  isteri  telah  sah,  maka  Hakim  berhak

               memutuskan hubungan perkahwinan antara keduanya. Para isteri, jika


               anda tahu hak-hak anda, maka tiadalah anda menderita seumur hidup,

               ada  jalan  keluar  dari  perkahwinan.  Tidak  perlu  mempertahankan


               rumahtangga jika hidup dalam kesengsaraan. Asal isteri minta cerai,


               sering  sahaja  masyarakat  awam  label  mereka  ini  ahli  neraka.  Islam


               menjamin hak-hak isteri.



               5. Cerai Li'an



               Perceraian  secara  li'an  berlaku  apabila  suami  menafikan  anak  yang


               dilahirkan  oleh  isterinya  atau  anak  di  dalam  kandungan  isterinya


               sebagai  anaknya,  atau  menuduh  isterinya  berzina  dengan  lelaki  lain

               tetapi tidak dapat membuktikan melalui penyaksian empat orang saksi.




               Sumpah  li’an  dilakukan  oleh  suami  dengan  menyatakan  atas  nama

               Allah, dia bersumpah bahawa isterinya telah melakukan zina. Sumpah



               56 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61