Page 54 - Pengenalan baru
P. 54
U H A I A N I T A
B e b a s k a n h a t i m u
Jangan Biar Ianya Tersakiti
melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia
mengadu kepada mahkamah syariah, dan apabila sabit aduannya di
sisi mahkamah syariah, dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah,
yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu
tertalak ia dengan cara talak khulu'.”
3. Cerai Khulu'
Perceraian secara khulu' merupakan salah satu alternatif perceraian
yang boleh berlaku dengan penawaran oleh pihak isteri untuk bercerai
dengan suaminya dengan menawarkan sejumlah wang atau harta
sebagai pampasan.
Perceraian berlaku dengan lafaz talaq oleh suami apabila dia bersetuju
dengan pampasan tersebut. Perceraian jenis ini juga termasuk dalam
kategori talaq ba’in sughra. Oleh itu, ia tidak boleh dirujuk.
Apa itu talaq ba'in sughra?
Hukum yang ditimbulkan oleh khulu’ adalah talaq ba'in sughra yang
memberi maksud, hilangnya hak rujuk pada suami selama masa ‘iddah.
Bererti, sekiranya lelaki tersebut ingin kembali bersama bekas isterinya,
dia diwajibkan untuk melamar dan menikah semula dengan bekas
isterinya itu.
54 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/

