Page 59 - Pengenalan baru
P. 59

U H A I          A N I T A

                                                                            B e b a s k a n   h a t i m u
                                                                                  Jangan Biar Ianya Tersakiti



               Bab 7


               PENCERAIAN MENGIKUT KAEDAH PERUNDANGAN DI MALAYSIA





                               U sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di

                           tengah hari. “


                                  Saya yakin ramai yang maklum dengan kata-kata di atas.


                                Kata-kata  ini  terlalu  sinonim  dengan  perkahwinan  yang

               gagal dikekalkan hingga ke akhir hayat. Hakikatnya, jarang sangat ada


               individu  yang  berhasrat  untuk  menamatkan  perkahwinannya  tidak


               lama usai majlis akad nikah. Kenapa saya katakan jarang? Sebab saya

               pernah berdepan dengan individu yang berhasrat untuk bercerai sebaik


               sahaja memasuki gerbang perkahwinan.



               Di  dalam  Undang  undang  Keluarga  Islam,  mengaplikasikan  hukum


               syarak yang diterbitkan daripada al-Quran dan al-Hadis, setiap individu


               yang berkahwin diberikan hak untuk membubarkan perkahwinan.



               Hak membubarkan perkahwinan



               Hak untuk membubarkan perkahwinan bermaksud seseorang individu


               sama  ada  suami  atau  isteri  mempunyai  hak  untuk  membubarkan


               sesuatu  perkahwinan  apabila  hikmah  perkahwinan  tidak  dapat


               dinikmati.  Harus  diingat,  hak  membubarkan  perkahwinan  perlu

               59 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64