Page 87 - Pengenalan baru
P. 87
U H A I A N I T A
B e b a s k a n h a t i m u
Jangan Biar Ianya Tersakiti
berdoa dan bertawakallah kerana Allah SWT tidak akan menganiayai
hamba-Nya yang tidak berputus asa.
Li'an
Li'an ialah beberapa perkataan tertentu yang boleh dijadikan hujah
(ungkapan sumpah) oleh suami yang terpaksa membuat tuduhan zina
terhadap isteri yang telah melakukan perbuatan kotor (zina) serta
memalukannya, atau menafikan anak yang dikandung atau dilahirkan
oleh isterinya sebagai anaknya.
Apabila seorang menuduh isterinya berzina serta mendakwa bahawa
dia dapat melihat aksi tersebut secara jelas tetapi tidak mampu
mengajukan empat orang saksi kecuali hanya dirinya sendiri maka
diwajibkan li‘an di depan hakim syarie untuk membuktikan kebenaran
dakwaannya dan menyelamatkan dirinya daripada had qazaf.
Dan turut li‘an juga oleh tertuduh iaitu isteri bertujuan membersihkan
dirinya daripada tuduhan serta menyelamatkan juga daripada had zina.
Setelah selesai, maka terputuslah hubungan perkahwinan secara
fasakh bukan secara talak dan haram merujuk kembali atau berkahwin
semula sepanjang hayat mereka.
87 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/

