Page 86 - Pengenalan baru
P. 86
U H A I A N I T A
B e b a s k a n h a t i m u
Jangan Biar Ianya Tersakiti
10. Isteri tidak memberi keizinan akan perkahwinan itu atau
keizinannya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan,
kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau hal keadaan lain
yang diakui oleh Hukum Syarak; dan
11. Pada masa perkahwinan itu, isteri sungguhpun berkebolehan
memberi keizinan yang sah, adalah seorang yang kecelaruan
mental, sama ada berterusan atau berselangan, dan kecelaruan
mentalnya adalah daripada suatu jenis atau setakat yang
menjadikannya tidak layak untuk berkahwin; -
bagi kedua-dua kes seperti ini, isteri perlu dokumen berkaitan dan
kemukakan saksi yang boleh menyokong kes. Perkara paling penting
yang perlu dititikberatkan semasa permohonan ialah jelaskan
keseluruhan fakta kes dan jangan berselindung. Pastikan saksi anda
ialah saksi yang melihat atau mendengar sendiri perkara berkaitan
permohonan anda dan bukannya saksi yang mendengar luahan
perasaan anda semata-mata.
Saksi sebegini tidak akan membantu kes anda. Sekiranya anda tidak
mempunyai sebarang saksi, cukuplah Allah SWT sebagai saksi dan
nyatakan sumpah anda sungguh anda bercakap benar. Berusaha,
86 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/

