Page 88 - Pengenalan baru
P. 88
U H A I A N I T A
B e b a s k a n h a t i m u
Jangan Biar Ianya Tersakiti
Selain tuduhan perzinaan, li‘an juga ikut terlibat dalam kes seorang
isteri yang melahirkan bayi dan suaminya tidak mengakui bahawa bayi
tersebut adalah bayi mereka.
Pengurusan kes tuduhan berkaitan perzinaan isteri ini adalah
bersandarkan firman Allah yang bermaksud:
Dan orang-orang yang menuduh isterinya (berzina), padahal mereka
tidak ada mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka
kesaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah,
sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar. an
(sumpah) yang kelima: bahawa laknat Allah atasnya, jika dia termasuk
orang-orang yang berdusta. Isterinya itu dihindarkan dari hukuman
oleh sumpahnya empat kali atas nama Allah sesungguhnya suaminya
itu benar-benar termasuk orang-orang yang dusta. Dan (sumpah) yang
kelima: bahawa laknat Allah atasnya jika suaminya itu termasuk orang-
orang yang benar (24: 6-9).
Kaedah Li’an
Lian hendaklah dilakukan dengan kaedah berikut:
1. Lian hanya boleh dilakukan dengan kehadiran suami dan isteri di
dalam Mahkamah Syariah sahaja.
88 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/

