Page 85 - Pengenalan baru
P. 85
U H A I A N I T A
B e b a s k a n h a t i m u
Jangan Biar Ianya Tersakiti
munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh
satu tahun, kes ini juga memerlukan isteri mengemukakan akuan lisan
doktor yang memeriksanya.
8. Suami menganiayainya, iaitu lazim menyakiti atau menjadikan
kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya:
Bagi kes seperti ini, isteri yang dipukul atau didera perlu melaporkan
kejadian pukul tersebut kepada pihak polis dan dapatkan sesalinan
laporan tersebut. Isteri juga perlu segera mendapatkan rawatan dan
laporan perubatan di klinik atau hospital. Buat aduan di Jabatan Agama
Islam Negeri/Pejabat Agama Islam Daerah. Selain itu dapatkan khidmat
runding cara keluarga di Jabatan agama Islam Negeri/ Pejabat Agama
Islam Daerah yang berdekatan. Jika kes ini serius, failkan permohonan
segera ke mahkamah syariah atau dapatkan khidmat guaman syari’I
supaya kes sebegini dapat dirujuk terus ke Mahkamah.
9. Empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh
kerana suami bersengaja enggan menyetubuhinya.
Sama seperti kes suami tidak menunaikan, tanpa sebab yang
munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh
satu tahun, kes ini juga memerlukan isteri mengemukakan akuan lisan
doktor yang menjalankan pemeriksaan ke atasnya.
85 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/

